Kita Semua Setuju, Pawi Selayaknya MVP

Anugerah Bola Sepak Kebangsaa, ABK19 sudah pun menutup tirainya. Biasalah. Rumah siap pahat akan masih berbunyi.

Daripada pemenang, lampu, pengacara, ramai yang memberikan pandangan sehingga nak bergaduh.

Kita mungkin tak sependapat dalam banyak perkara dalam anugera ini. Namun satu perkara yang kita semua setuju, paling tak pun 90% setuju adalah MVP – Most Valuable Player – yang diberikan kepada Safawi Rasid.

Safawi dilihat sebagai calon pilihan untuk menang sekali lagi. Selepas melakukannya tahun lalu.

Dan beliau menepati ramalan apabila membawa pulang anugerah kecemerlangan individu itu bersama dengan pemain best XI pilihan peminat, pemain kebangsaan paling popular serta penyerang terbaik ABK19.

Pemain ini memang layak menang kali ini. Selepas mencipta rekod unik 2 tahun berturut-turut menjadi pemain muda harapan sebelum ni. Unik la tu. Mana ada tempat lain kau nak tengok orang menang 2 kali pemain harapan.

Pawi menjadi pemain tempatan yang kita banggakan di dalam Liga Malaysia. Membuatkan penyerang import yang lain tidak boleh memandang rendah kepada anak watan Malaysia.

Membuatkan mereka tak terasa diri mereka: “Aku ni pemain penting, penyerang import.”

Musim ini beliau menjaringkan 8 gol dalam Liga Super. Beliau menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.

Safawi merupakan pemain kesebelasan utama di dalam pasukan JDT yang sarat dengan persaingan dengan bintang lain.

Dan beliau juga berjaya menjadi pemain yang kariernya naik dengan sangat baik di peringkat antarabangsa.

Dalam proses beliau mencapai anugerah ini, kita seharusnya memberikan kredit kepada jurulatih dan rakan sepasukan beliau yang selama ini banyak membantunya.

Sistem permainan yang baik dan sesuai dengan gaya permainan beliau juga membuatkan Safawi berjaya menjadi peledak di JDT.

Safawi Rasid menjadi pemain utama yang membantu JDT menamatkan saingan Liga Super sebagai juara bertahan enam kali.

Kemudian menamatkan musim ini dengan piala domestik Piala Malaysia. Pada awal musim menapau Piala Sumbangsih.

JDT menamatkan saingan dengan domestic double disulami 1 trofi sumbangsih. Dan nama Pawi mekar di dalamnya.

Beliau merupakan pemain inverted winger yang cuba menggunakan cara cut inside and shot untuk mencari gol beliau.

Selain daripada kualiti ketika open play, Pawi juga power dalam situasi bola mati. Seba tu aku cakap Pawi ni secara tak langsung menjadi duta kepada pemain Malaysia lain supaya pemain import tidak terasa selesa sangat bila masuk dalam pasukan.

Tu belum cerita lagi part Pawi menawan hati selebriti tempatan.

Secara peribadi, musim 2019 adalah musim terbaik beliau di dalam kancah bola sepak tempatan.

Beliau nampak sangat sharp pada musim ini. Mungkin di peringkat senior Harimau Malaya, sentuhannya kurang sikit di hadapan gol. Namun beliau tetap menjadi pemain penting Malaysia.

Tahniah kepada Safawi Rasid. Semoga terus meningkat naik.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan