Ada berita baik daripada perkembangan semasa melibatkan isu kesihatan di negara kita.
Berikut adalah laporan daripada KKM menerusi Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham.
Kes sembuh dan discaj terus meningkat kepada 68.91% daripada keseluruhan kes.
Terbaharu, 75 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 4,032 secara keseluruhan.
Ini bermakna, kes sembuh dan discaj lebih tinggi daripada kes baharu.
Kes baharu adalah 31 sementara kes aktif pada ketika ini adalah 1,719
Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhannya setakat ini 100 kematian.
Terkini #COVID19 🇲🇾 28 April.
Satu kes kematian baharu dilapor dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes 100 kematian.
Takziah kepada keluarga pesakit. pic.twitter.com/U7dMwOJTXW
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) April 28, 2020
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3 akan memasuki fasa 4 mulai esok iaitu 29 April 2020.
Setakat ini, didapati jumlah kes harian sering menunjukkan tren menurun dan kadang kala mendatar.
Dengan peningkatan kes-kes yang pulih. Ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun sepanjang fasa ketiga PKP.
Ini sekaligus berjaya meratakan lengkung (flattening of the curve) dan negara kini
memasuki fasa pemulihan.
Kerajaan terus mengingatkan rakyat untuk mengamalkan kebersihan diri dan penjarakan sosial.
kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.
Memandangkan masih belum ada vaksin untuk melawan #COVID19, amalan kebersihan diri dan penjarakan sosial boleh menjadi 'vaksin' kpd masyarakat.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) April 28, 2020
Syabas kepada semua rakyat Malaysia dan terima kasih kepada KKM.
Ingat perjuangan kita masih belum selesai ni.