Manchester United dilaporkan tidak berminat untuk menandatangani Viktor Gyokeres, sebaliknya mereka mahukan Harry Kane.
Ini selepas media Jerman mendedahkan bahawa Harry Kane ada klausa pelepasan khas yang boleh ditebus pada Jun akan datang.
Telegraph UK melaporkan bahawa, United benar benar mahukan no.9 yang baharu. Dan mereka mempertimbangkan untuk melepaskan pemain seperti Joshua Zirkzee.
Kane bukan pertama kali dikaitkan dengan Manchester United di dalam kariernya. Malah sudah berkali kali.
Dia kini bermain untuk Bayern Munich dan sudah mencetak 26 gol dalam 26 perlawanan musim ini.
Reputasi Kane di Liga Inggeris juga dianggap satu jaminan yang meyakinkan bahawa pemain itu tidak ada masalah untuk cemerlang bersama Man United.
Paling menarik adalah klausa pelepasan Harry Kane yang hanya £67 juta sahaja berbanding £80 juta pada kontrak Viktor Gyokeres.
Klausa pelepasan Kane itu akan menjadi hanya £54 juta pada jendela perpindahan Januari 2026. Dan dia dibenarkan untuk mengaktifkan sendiri klausa tersebut jika dia mendapati ada kelab yang sanggup menebusnya.
Manchester United learn about Harry Kane's £54m release clause, he has "unfinished business" in Premier League ⬇️https://t.co/FIHaFcIy6i
— UtdDistrict (@UtdDistrict) February 5, 2025
Situasi kontrak Kane itu turut menarik perhatian beberapa kelab lain. Namun begitu, Bayern Munich yakin Harry Kane gembira di kelab itu. Dia sebelum ini menyertai Bayern dari Spurs dengan nilai perpindahan £100 juta.
Dia masih lagi menjadi pemain utama dalam skuad Bayern Munich yang kini diuruskan oleh Vincent Kompany.
Kane yang merupakan kapten antarabangsa England dianggap menepati profil untuk menjadi bintang Manchester United.
Nama Viktor Gyokeres sebelum ini benar benar hangat dikaitkan dengan Manchester United. Namun begitu kelabnya Sporting tidak akan menjual murah pemain tersebut.
Selain itu, Ruben Amorim pernah menyatakan bahawa dia lebih memilih untuk melihat pemain seperti Gyokeres kekal di Sporting, kerana Amorim seorang peminat tegar kelab itu.
Oleh sebab itu dia tidak akan cuba memancing pemain itu. Namun jika Gyokeres sendiri yang menyatakan dia mahu keluar, Amorim mungkin akan cuba untuk bergabung semula dengan pemain tersebut.
Apa yang pasti jendela perpindahan akan datang pasti akan sibuk buat Ruben Amorim. Dia akan cuba membawa masuk beberapa pemain dia sendiri. Selain cuba untuk menjual beberapa pemain seperti Marcus Rashford.
Amorim sudah menyatakan bahawa dia tidak akan mengubah gaya permainan Man United. Sebab itu dia perlukan pemain yang sedia beradaptasi dan cuba membuat penambahan pemain yang sesuai.