Analisis: Klopp Akhirnya Dapat Balik Senjata Tambahan Yang Hilang

Sebelum ini penyokong Liverpool pernah merasakan pasukan Liverpool terlalu kurang kualiti untuk gol yang dari luar kotak penalti.

Dalam bola sepak, apabila anda buntu, anda perlukan individual brilliance untuk melakukan gol.

Kehebatan individualistik ini lebih condong kepada kemahiran teknikal. Ini termasuk rembatan dari luar kotak penalti.

Sejak era Steven Gerrard dan Xabi Alonso serta Riise dahulu, Liverpool bukanlah pasukan yang digeruni untuk sepakan dari luar kotak penalti.

Ini juga menjadi penyumbang kepada masalah apabila pasukan lawan bertahan dengan kompak di belakang, kita akan bermasalah nak buat gol.

Hal ini kerana terlalu bergantung kepada combination play dengan bola rendah.

Sesekali, anda perlu ada senjata tambahan. Namun senjata tambahan sahaja tak guna tuan-tuan dan puan-puan kalau tak tau guna dengan betul.

Ibarat anda membaca artikel di Half Space tanpa ada perasaan nak share ataupun klik iklan. Hmmmm….

Oleh itu kualiti pada rembatan itu penting. Kalau tak, ia tak ubah seperti acara bermesra sambil bermain lambung bola dengan penonton di dalam stadium. Perkara macam tu, maskot pun boleh buat.

Gol Fabinho ini dilakukan dengan teknik yang sangat baik. Ini kerana dia opsyen lain tetapi memilih untuk merembat kerana tak mahu pertahanan Man City regroup balik.

Tapi angle ni lawan teruk gais.

Ketika Liverpool buntu berhadapan dengan Sheffield, rembatan dari luar Gini berjaya memberikan kita gol dan kemenangan.

Apa yang berlaku di sini adalah kualti sepakan yang tepat dan on target. Apa nak jadi, jadilah. Kekadang keeper error, deflect kat pertahanan ataupun dapat bola kedua kerana bola muntah.

Sebelum ini kita ada Coutinho. Beliau adalah harapan bangsa Scouser untuk melakukan kerja-kerja seperti ini.

Namun malangnya, Coutinho memilih untuk melanjutkan kariernya ke pasukan idamannya sejak kecil iaitu Barcelona lalu meninggalkan Liverpool kerana nak menang Champions League bersama Lionel Messi.

Selepas karier sukar di Nou Camp, Coutinho akhirnya ke negara yang terkenal dengan Octoberfest untuk menyertai satu lagi FCB iaitu FC Bayern.

Coutinho melakukan 54 gol sepanjang kariernya di Liverpool. Ketika beliau tidak ada masalah sakit belakang, 22 daripada gol beliau adalah menerusi rembatan dari luar kotak. 19 daripadanya adalah di dalam EPL.

Pada musim 2016/17, Coutinho menjaringkan 13 gol dari luar kotak penalti. Paling banyak di Liga Inggeris.

Musim 20181/19 yang dianggap antara musim terbaik Liverpool walaupun tak juara, Liverpool hanya menjaringkan 5 gol dari luar kotak penalti. Manchester City melakukan 15 gol dari luar kotak penalti secara keseluruhannya.

Nampak tak? Itu antara faktor yang membantu Man City juara musim lepas.

Dan musim ini, Liverpool telah memperbaiki aspek gol dari luar kotak penalti. Ketika ini Liverpool mendahului carta untuk gol dari luar box dengan 6 gol hanya dalam 12 perlawanan liga.

Secara keseluruhan kita telah menjaringkan 9 gol daripada luar box dalam semua pertandingan.

Gol Oxlade berhadapan dengan Genk ni jahat betul kan? Ingat tak?

Jika keadaan ini berterusan, Klopp secara tak langsung mendapat semula elemen yang pernah menjadi kekuatan sistem beliau sebelum ini, selepas kehilangan Coutinho.

Jadi, adakah anda perasan akan perkara ini selama ini? Tak kan? Sebab anda sibuk dengan benda lain termasuk bergaduh tentang Mbappe patut masuk Liverpool dan Salah keluar.

Ssaya tak, saya ada wawasan.

Rumusannya, itulah bola sepak. Anda memang akan perlu bergantung kepada keupayaan individualistik dalam mencapai kemenangan. Namun kalau terlalu individu, itu tak baguslah, sebab ini sukan yang dimainkan secara berpasukan.

Selamat berhujung minggu semua. Korang buat apa baca sampai ke bawah ni? Sedang tunggu bini shopping ke?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di