Klopp: Apa Dia? Ketiak Dia Ofsaid

Jurgen Klopp seakan-akan tak percaya, Roberto Firmino disahkan ofsaid kerana ketiaknya yang terlajak.

Dalam aksi menentang Villa semalam, korang jerit suka dan hampa selepas gol Firmino dibatalkan oleh VAR.

Seorang penulis sukan dan juga pernah menyertai kursus VAR ini, iaitu Chris Williams menyatakan: Pada awalnya, tiada garis merah keluar dan hanya garis kuning. Itu bermakna benda tu tak ofsaid. Namun VAR kemudian mengeluarkan imej baru selepas itu menyatakan itu ofsaid.

Gary Lineker antara yang terawal mempersoalkan, macam mana benda tu boleh ofsaid?

“Gol Firmino tak sah sebab ofsaid baq hang. Dia tak ofsaid pun, tapi VAR dok kalut kata dia ofsaid pulak. Harey betui.”

Premier League menjelaskan bahawa Firmino ofsaid sebab ketiak dia terlebih ‘banyak’ bukan sedikit tahu. Satu hal juga ketiak Firmino ni.

 

Premier League berkata: “Dey, itu gol Firmino di-bendera-kan ofsaid kerana sebelum dia menjaringkan gol dia ofsaid terlebih dahulu. VAR dah sahkan perkara ni.”

“Garis merah yang korang tengok tu adalah untuk Firmino. Dan ia menunjukkan kedudukan ketiak dia yang jelas sekali ofsaid. Pueh hati?”

Klopp diberitahu penjelasan berserta surat sokongan pegawai VAR itu. Dan Klopp sangat terkejut dan takjub.

“Kamu, apa dia? KETIAKKKK dia ofsaid?”

Klopp tidak mahu itu dijadikan bahan jenaka. “Korang tau kan kalau kalah, pengurus berisiko hilang jawatan. Ini benda bukan boleh dibuat gurau.”

Andy Gray turut memberikan respon beliau di atas alasan PL itu.

“Macamana mereka ni terfikir ambik ketiak dia dan katakan ia ofsaid. Macam ni la, saya tak pernah tengok ketiak orang skor gol.”

Baca yang lain