Klopp Balas Surat Complain Ke Atasnya Dari Peminat Cilik United Sebab Menang Banyak Sangat

Seorang peminat cilik Manchester United telah menerima surat rasmi daripada Jurgen Klopp.

Ianya selepas dia mengirim satu surat aduan / complain kepada Jurgen Klopp dan meminta agar pengurus Liverpool itu, berhenti menang selepas ini.

Pasukan Liverpool masih tak kalah dalam saingan EPL. Dan mencipta rekod kemenangan yang sangat luar biasa.

Surat aduan kepada Klopp sebab menang banyak sangat

Daragh Curley dari Donegal menulis surat kepada Jurgen Klopp untuk assignment sekolahnya.

Budak berusia 10 tahun itu bertanya: Boleh tak kalau Liverpool kalah beberapa perlawanan agar mereka tidak menang liga musim ini.

Menariknya, apabila surat Daragh itu telah dibalas oleh Klopp. Di mana pengurus Liverpool itu menzahirkan kekaguman beliau ke atas Daragh.

Namun permintaan budak 10 tahun itu tak dapat Klopp tunaikan. Kerana buat masa ini, Liverpool tidak boleh keciciran sebarang mata lagi.

Ayah Daragh berkata, rakan-rakan beliau yang lain menulis surat peminat kepada kelab mereka minat, namun anaknya memilih untuk menulis surat aduan / bantahan / komplen kepada bos Liverpool.

Surat itu berbunyi: “Liverpool sekarang ini menang banyak sangat perlawanan. Jika kamu menang 9 perlawanan lagi, kamu akan menjadi pasukan terbaik yang mencipta rekod tanpa kalah dalam bola sepak Inggeris.”

“Sebagai penyokong Manchester United, ini sesuatu yang sangat menyedihkan saya.”

“Jadi, lepas ni, kalau Liverpool bermain, pastikan  mereka kalah. Kamu haruslah berikan peluang untuk pasukan lain skor. Saya nak memujuk kamu untuk tidak menang liga dan juga mana-mana perlawanan lagi.”

Klopp benar benar membalas

Ibunya sangat terkejut ketika menerima sepucuk surat untuk anaknya. Ini kerana dia melihat surat itu adalah dari Jurgen Klopp.

Ayahnya berkata: “Ibu dia terkejut melihat surat itu dari Jurgen Klopp. Dan ia benar-benar daripada Jurgen Klopp.”

Dalam surat itu, Klopp membalas surat aduan Daragh dengan berkata:

“Malang sekali, dalam keadaan sekarang, saya tidak dapat memenuhi permintaan kamu, dan tidak boleh dipertimbangkan.”

“Seperti mana tingginya keinginan kamu mahu melihat Liverpool kalah, begitu juga tingginya usaha saya mahu melakukan segala yang termampu untuk membantu Liverpool menang.”

“Ini kerana ada juta lagi mereka di seluruh dunia yang mahu kemenangan ini direalisasikan. Jadi, saya tidak mahu membuatkan mereka kecewa.”

“Nasib baik buat kamu, kami kalah sebelum ini, dan kami juga akan kalah selepas ini, kerana inilah bola sepak.”

“Cuma masalahnya, apabila kamu yang berusia 10 tahun berfikir bahawa perkara ini akan kekal seperti sekarang ini, satu perkara yang saya nak beritahu kamu – sebagai orang berusia 52 tahun – ini sebenarnya perkara yang tidak pasti.”

Klopp juga menyatakan, Man United bernasib baik kerana ada penyokong seperti Daragh, dan Klopp memuji semangat Daragh menyokong kelabnya.

Ayah Daragh berkata, walaupun dia penyokong United, namun dia merasakan Klopp seorang manusia yang hebat.

“Sebagai penyokong United, ianya sakit melihat Liverpool sangat baik musim ini. Namun di sebalik semua ini, tabik kepada Klopp dan atas apa yang beliau telah lakukan.”

“Dia sentiasa tampil seperti seorang yang baik. Dan dengan surat ini, ianya mengesahkan kepada saya bahawa dia memang seorang yang sangat baik.”

“Apa yang saya suka tentang surat ini adalah semangat kesukanan dan rasa hormat – dengan menyatakan perkara seperti itu kepada budak 10 tahun, ianya hebat.”

Tiada siapa dibenarkan melalang

Namun ayah Daragh tidak mahu anaknya menukar kelab, walaupun mereka kini mengagumi Klopp.

Beliau berseloroh: “Kami perlu terus mengamalkan teknik pemerkasaan, bagi memastikan tak seorang pun daripada kami yang akan melalang daripada mandat Man United.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di