Klopp Baru Unlock Pecahkan Rekod Keenam, Ini 11 Lagi Rekod Yang Liverpool Boleh Cuba Pecahkan

Liverpool kini sedang dalam prestasi terbaik. Dan mereka berada 22 mata di atas Manchester City pada carta Liga Perdana Inggeris.

Kecemerlangan mereka di atas padang membuatkan mereka sudah memecahkan banyak rekod.

Berikut adalah 6 yang sudah mereka pecahkan

1. Permulaan terbaik liga

Liverpool menjadi pasukan dengan rekod permulaan terbaik dalam 25 perlawanan pertama liga.

Skuad Jurgen Klopp mencatatkan 24 kemenangan daripada 25. Ini bermaksud mereka telah mengutip 73 mata daripada 75 yang ditawarkan.

Ianya rekod terbaik di kalangan pasukan Eropah sepanjang zaman dalam saingan lima liga utama Eropah.

2. Rentetan kemenangan di home paling banyak

Mereka kini sudah menang sebanyak 20 perlawanan beturut โ€“ turut dalam saingan liga untuk perlawanan di Anfield.

Menjadikan ianya 60 mata penuh daripada 60.

3. Mata terbanyak selepas 38 perlawanan

Selepas 38 perlawanan terakhir liga, Liverpool menjadi pasukan EPL yang paling banyak mata di dalam sejarah dengan kutipan sebanyak 108 mata daripada 114 mata yang ditawarkan.

4. Pasukan Inggeris pertama menang treble antarabangsa

Rekod ini agak unik. Liverpool menjadi pasukan Inggeris pertama yang menang treble antarabangsa dalam satu tahun.

Liverpool menamatkan tahun 2019 dengan kejuaraan UCL, Piala Super Eropah dan pada Disember lalu mereka menang Piala Dunia Kelab 2019 yang berlangsung di Qatar.

5. Menewaskan lawan paling banyak

Dengan kejayaan menewaskan Man United dan West Ham, bermakna mereka sudah mencatatkan kemenangan ke atas kesemua 19 lawan mereka di dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Rekod yang dokongsi bersama dengan Manchester City.

Banyak lagi sebenarnya rekod kelab yang mereka cipta. Itu di kelab la. Namun untuk EPL, 6 rekod di atas sudah dalam tangan mereka.

6. Rekod kemenangan pengurus terbaik bulanan

Jurgen Klopp baru sahaja menang Anugerah Pengurus Terbaik Bulanan EPL selama lima bulan berturut-turut, dan ia adalah rekod baharu dalam EPL.

Dan berikut 12 lagi rekod yang mereka boleh cuba untuk pecahkan.

1. Jarak mata terbanyak selaku juara

Jika juara, Liverpool boleh mencuba untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh Man City di bawah Guardiola dengan jarak mata kejuaraan adalah 19 mata.

Liverpool kini berada 22 mata di atas tangga kedua.

2. Rekod 100 mata EPL

Manchester City kekal menjadi satu satunya pasukan yang memenangi mata terbanyak di dalam liga setakat ini dengan catatan 100 mata dalam semusim.

3. Rekod 102 mata semusim

Dalam sejarah liga utama di Eropah, rekod tertinggi kemenangan adalah dengan 102 mata yang dipegang oleh Juventus pada musim 2013/14.

Manakala untuk pasukan Inggeris, Celtic dengan 103 mata, tetapi Liga Scotland bukan liga utama di Eropah ye.

4. Rekod kemenangan terbanyak dalam EPL

Liverpool juga boleh mencuba untuk mencatatkan rekod kemenangan terbanyak dalam semusim di EPL adalah dengan 32 kemenangan dalam semusim yang turut dipegang oleh skuad 100 mata Pep Guardiola โ€“ Manchester City.

5. Paling lama tak kalah dalam EPL

Arsenal mencipta rekod paling panjang, sebagai pasukan tak kalah di EPL sebanyak 49 perlawanan. Ianya merangkumi musim yang mereka mencipta rekod Invincible.

6. Paling lama tak kalah di liga Eropah

Setakat ini, di lima liga utama Eropah, rekod paling lama tak kalah dalam liga adalah 58 perlawanan tanpa kalah yang dicipta oleh AC Milan pada musim 1991/92.

7. Keraian kejuaraan paling awal

Keraian juara EPL paling awal setakat ini adalah pada 14 April. Rekod yang dicipta oleh Manchester United ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada musim 2000/01.

8. Rekod kemenangan berturut-turut terbanyak dalam EPL

Rekod setakat ini adalah 18 perlawanan. Dan ianya dicipta oleh Manchester City pada Ogos-Disember 2017. Liverpool pemegang rekod kedua terbanyak dalam sejarah dengan 17 perlawanan menang pada Mac โ€“ Oktober 2019.

9. Kemenangan away berturut-turut terbanyak

Untuk kemenangan di tempat lawan berturut-turut paling banyak adalah 11 yang dipegang bersama oleh Chelsea (April โ€“ Disember 2008) dan Man City (Mei โ€“ Disember 2017).

10. Mata away terbanyak

Manchester City mencatatkan 50 mata pada 2017/18 hasil kunjungan mereka ke tempat lawan. Ini masih rekod terbaik ketika ini.

11. Rekod sempurna di tempat sendiri

Liverpool boleh mencuba untuk mencipta rekod menang kesemua perlawanan di Anfield untuk menjadi pasukan pertama melakukannya.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.