Klopp Bengang Gol Ketiga Liverpool Dibatalkan

Liverpool tewas dengan mengejut di tangan Toulouse selepas menewaskan pasukan itu dengan mudah sebelum ini. Aksi pertahanan Liverpool yang penuh dengan kecelaruan membuatkan mereka melepaskan 3 bolos dalam perlawanan ini

Klopp menggariskan kekalahan Liverpool kerana pemain pemainnya agak lembik dalam duel dan kehilangan bola terlalu mudah berdepan dengan pasukan yang lebih agresif.

Toulouse telah menunjukkan prestasi luar biasa mereka sejak minit pertama lagi. Mendahului menerusi Aron Donnum dan Thijs Dallinga.

Jaringan sendiri pemain Toulouse membolehkan Liverpool merapatkan jurang gol. Namun tak lama selepas itu pasukan Perancis itu terus menjarakkan diri 2 gol sekali lagi menerusi Frank Magri.

Aksi lincah Diogo Jota memberikan gol kedua buat Liverpool. Yang kemudian mendapat gol ketiga mereka pada masa kecederaan menerusi Jarell Quansah.

Namun VAR membatalkan gol itu kerana handball oleh Alexis Mac Allister pada fasa binaan gol itu. Liverpool kalah 3-2 selepas gol itu ditarik balik.

Jurgen Klopp membantah gol itu dibatalkan kerana menurutnya Alexis Mac Allister telah handball begitu lama sebelum gol itu terhasil.

Klopp berkata: “Kami menjaringkan gol ketiga namun dibatalkan. Saya rasa gol itu sah. Jaraknya terlalu panjang dalam mencetuskan imapak situasi.”

“Saya sendiri tak pasti sama ada bola itu benar benar terkena tangan.”

Klopp tidak berselindung bahawa pasukannya bermain dengan teruk dalam perlawanan ini. Pengurus asal Jerman itu berkata:

“Kami tak cukup agresif. Mereka memenangi kesemua pertarungan dan duel penting. Kami kehilangan bola terlalu mudah.”

“Pasukan lawan berjuang dengan lebih kuat lebih agresif dalam duel. Ianya kemenangan yang selayaknya untuk mereka, tahniah.”

“Kamu boleh bermain dengan sebaik mana sekalipun, jika kamu lemah dalam duel dan cabaran penting kamu tetap tak ada peluang untuk menang. Tetapi kami boleh mengakui ia prestasi hebat daripada Toulouse. Sekurang-kurangnya kamk dapat belajar sesuatu daripadanya.”