Klopp Berdepan Risiko Kehilangan Salah Dengan Tawaran Terbaru Al Hilal

Bagi Jurgen Klopp dia tak mahu kehilangan Mohamed Salah pada sebarang harga. Namun bukan dia yang menentukan sepenuhnya sama ada Salah akan kekal atau tak.

Terbaru Al Ittihad menawarkan harga perpindahan mencecah £215 juta kepada Liverpool untuk membeli Mo Salah.

Kelab yang disokong oleh dana PIF itu sudah menghantar bidaan sebelum ini untuk mendapatkan Mo Salah dengan nilai £150 juta. Dan ianya ditolak oleh Liverpool.

Kini tawaran terbaru itu mungkin akan menarik minat pemilik kelab untuk menjual Mo Salah ke Al Ittihad memandangkan pemain itu sudah berusia 31 tahun.

Seterusnya, ianya juga mungkin akan menarik minat Salah untuk menerima tawaran itu kerana pakej mencecah £2.45 juta seminggu yang ditawarkan kepada pemain antarabangsa Mesir itu.

Klopp benar benar berharap kelab dan Mo Salah akan menolak tawaran itu.

Ejen Mo Salah sebelum ini menyatakan bahawa fokus utama Salah adalah untuk kekal di Liverpool. Sebab itulah dia menandatangani kontrak baharu di Liverpool musim lalu.

Salah ketika ini menerima £400k seminggu di Liverpool. Di mana tawaran Al Ittihad adalah £350k sehari.

Selain gaji luar biasa, Mo Salah juga akan diberikan hak peratusan yang tinggi daripada pendapatan jualan jersinya.

Dia juga ditawarkan bonus kemenangan £55k serta bonus lain sebagai duta besar syarikat terkemuka di Arab Saudi. Syarikat besar itu sanggup membayar Salah £6 juta setahun untuk peranan duta.

Salah dianggap calon terbaik untuk menjadi ikon bola sepak di Arab Saudi memandangkan dia pemain beragama Islam yang paling popular di dunia.

Kini Al Ittihad benar benar berharap Liverpool yang dimiliki oleh FSG mempertimbangkan tawaran yang dianggap tak akan datang lagi selepas ini di masa akan datang.

Al Ittihad memberikan Liverpool masa sehingga Khamis ini untuk membuat keputusan kerana hari itu adalah hari terakhir jendela perpindahan Arab Saudi.

Adakah Mo Salah akan menyertai Al Ittihad?

Andy Robertson baru baru ini menyatakan mereka akan cuba sedaya upaya memujuk Salah untuk menolak sebarang tawaran dari kelab lain untuknya.