Jurgen Klopp mengesahkan beliau terpaksa keluarkan Mohamed Salah kerana kecederaan. Namun Klopp berkata itu buka isu besar.
Salah dikeluarkan selepas menjaringkan gol kemenangan ke atas Spurs dalam aksi kemenangan 2-1 sebentar tadi.
Di mana penjaga gol dirasuk roh Casillas masa prime. Habis semua bola ditepisnya. Kecuali kapitan fantastik Hendo dan penalti Mo Salah.
Salah menjaringkan gol ke-50 dalam aksi ke-58 di Anfield.
Dan beliau disahkan mengalami kecederaan yang sama dialami beliau sebelum ini iaitu buku lali.
Untuk Virgil Van Dijk beliau terpaksa dikeluarkan kerana dead leg Ataupun kaki kebas. Ni bahaya kalau tak dibendung. Mahunya dia tak bergerak tiba tiba dan Son Heung Min buat projek lagi.
Klopp berkata kepada sidang media selepas perlawanan: “Dia macam ni lah. Virgil mengalami dead leg.”
“Mo Salah mengalami kecederaan yang sama di buku lali seperti dilalui beliau awal bulan ni. Ianya menjadi lebih sakit jika dibiarkan lebih lama bermain di dalam padang.”
“Baideway, itu bukan masalah yang besar sangat. Dan ia akan hilang juga nanti. Cuma buat masa ni masih ada melekat kat kaki dia.”
Mungkinkah ini bermakna kedua dua pemain tak akan turun beraksi menentang pasukan Meriam? Salah mungkin tak akan beraksi.
Untuk Virg dia masih ada harapan nak bermain. Kalau tak ada dia pun kita ada Lord Lovren, tenang lah.
Kau mesti tak percaya apa aku tulis kan.
Kau bacalah sendiri di sini.
Jürgen Klopp has confirmed that @MoSalah was substituted due to an ankle problem, but the boss believes it is 'not a massive issue'.
— Liverpool FC (@LFC) October 27, 2019