Jurgen Klopp berkongsi cerita tentang pengalaman pertama beliau bersemuka dengan Sadio Mane dalam dokumentari pendek tentang bintang Senegal itu.
Dokumentari tersebut dikeluarkan pada 8 April. Dan peminat bola sepak boleh mengikuti perkongsian tentang kehidupan Sadio Mane.
Dokumentari yang berjudu Made In Senegal memaparkan kebangkitan Sadio Mane dari keluarga yang susah di kampungnya sehingga menjadi pemenang Liga Juara Juara Eropah 2019.
Beliau juga menjadi salah seorang winger terbaik di dunia pada ketika ini.
Dari Senegal, Sadio Mane berpindah ke kelab Perancis, Metz, Mane. Bakat beliau dipantau oleh kelab Austria, RB Salzburg.
Klopp kemudian mengikuti perkembangan Mane selepas mendapat maklumat daripada pasukan scouting beliau.
Klopp juga pernah cuba mendapatkan Sadio Mane ketika di Borussia Dortmund.
Namun dalam dokumentari tersebut, Klopp menyatakan beliau agak kurang teruja dengan perwatakan Mane apabila pertama kali melihat pemain itu.
Itu yang membuatkan beliau tidak menandatangani Sadio Mane lebih awal.
Klopp berkata: “Saya ingat lagi, kali pertama bersemuka dengan Sadio Mane adalah ketika saya di Dortmund.”
Sadio Mane stars in his own film documentary, “Made in Senegal”, which documents his rise to humble beginnings to the top of a European football, while also featuring comments from Jurgen Klopp and Mo Salah. pic.twitter.com/x5KlW93m0S
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) April 7, 2020
“Saya melihat ada seorang anak muda duduk di sana dengan topi besbol, serta garis perang yang seperti yang beliau ada sekarang.”
“Dia macam penyanyi rap yang baru nak memulakan persembahan. Saya fikir, ‘ah saya tak ada masa untuk semua ini’.”
“Pasukan kami ketika itu boleh tahan juga. Namun saya perlukan seorang yang boleh menerima untuk menjadi pemain simpanan pada awalnya. Seseorang yang saya boleh bangunkan.”
“Saya boleh kata, saya ada jangkaan yang bagus tentang seseorang. Namun kali itu saya silap. Saya kemudian mengikuti perkembangan beliau yang terus berjaya di Salzburg.”
“Di Southampton, beliau dominan.”
Sadio Mane kemudian menyertai Southampton. Di mana kelab tersebut membeli Sadio Mane dengan harga £11 juta.
Budak rapper hantui Klopp
Pada Mac 2016, budak yang dianggap Klopp seperti rapper itu telah mengajar pasukannya, Liverpool dengan membantu Southampton menang 3-2 di St Mary.
Mane berkata: “Ketika di Southampton, dan kami bermain menentang Liverpool. Saya berada di bangku simpanan. Kami ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.”
“Coach Koeman memasukkan saya pada separuh masa kedua. Kami berjaya bangkit di mana saya skor 2 gol. Saya hanyalah pemain biasa yang baru sahaja memberikan aksi bermakna.”
“Liverpool adalah kelab yang menghubungi mereka [Southampton], jadi mereka tidak mampu menolak tawaran dan Klopp menghubungi ejen saya.”
Klopp gembira kerana Sadio Mane sudi untuk datang ke Anfield dan menolak tawaran daripada musuh utama Manchester United.
“Ianya hebat. Sadio Mane mahu bekerjasama dengan saya dan saya pun begitu. Jadi, ianya win win situation.”
Sadio Mane telah menjadi pemain penting Klopp. Membantu pengurus Jerman itu mengubah Liverpool ke satu tahap yang baharu.
Musim pertama bersama Liverpool, Sadio Mane membantu Liverpool kembali beraksi di UCL.
Mane juga bersama – sama Liverpool mara ke dua aksi final UCL berturut-turut. Dan musim 2018/19, Liverpool menjadi juara.
Dokumentari Sadio Mane tersebut akan ditayangkan di seluruh Eropah oleh TV Rakuten dalam katalog ‘Rakuten Stories’ yang percuma mulai 8 April.
Selain daripada Sadio Mane, Rakuten juga menerbitkan dokumentari tentang Andres Iniesta.