Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, dia bangga memiliki skuad dari pelbagai bangsa,agama dan budaya, termasuk pemain Muslim.
Variasi budaya memang menghiasi skuad Liverpool, mulai dari kumpulan pemain yang berasal dari Great Britain seperti Jordan Henderson hingga Andy Robertson.
Di samping itu, terdapat sekumpulan pemain dari Brazil, seperti Roberto Firmino, Alisson Becker dan Fabinho. Kemudian, ada juga kumpulan pemain dari Belanda, iaitu Virgil van Dijk, Georginio Wijnaldum, dan pemain pertahanan muda Sepp van den Berg.
Sementara itu, beberapa orang lagi pemain Liverpool lain beragama Islam, seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Naby Keita, hingga Xherdan Shaqiri.
Ketibaan Salah di Liverpool, ditambah dengan prestasi luar biasa yang ditunjukkannya, menjadikan nama The Reds semakin diminati di semenanjung Arab.
Ditanya sama ada Klopp mengawal rutin harian pemain, pengurus itu menyatakan dia langsung tak ada masalah dengan perkara itu.
Klopp malah gembira dan berbangga dengan pembentukan pelbagai budaya di Liverpool.
“Saya gembira kerana kami mempunyai banyak ‘Multi-Culti’. Saya boleh mengatakan [mempunyai] duta Muslim yang terbaik di dalam pasukan adalah sangat hebat, “kata Klopp dalam filem terbarunya berjudul The End of the Storm seperti yang dipetik oleh Goal International.
Jürgen Klopp | Our boss gives an insight on how he has integrated Mané’s & Salah’s routines before Matchday’s and after warmups.
What a guy ♥️⤵️ pic.twitter.com/XARdL6gIl1
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) December 5, 2020
Seterusnya, Klopp juga mendedahkan bagaimana kelabnya bertolak ansur dengan pemain Muslim ketika mereka harus melaksanakan kewajiban solat.
“Mereka yang beragama Islam sering mencuci badan mereka dalam keadaan tertentu.”
“Sebelum memanaskan badan, dan setelah memanaskan badan, ianya memerlukan masa. Oleh itu, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, “kata Klopp.
“Kami hanya mempunyai satu jam ketika kami tiba di stadium dan ketika kami kembali ke bilik persalinan setelah melakukan pemanasan untuk memberikan peluang melakukan ritual ini [doa]. ”
“Kami perlu memberikan masa sebanyak dua minit kepada mereka untuk melakukan ritual [doa] tersebut. Ianya sangat mudah untuk memberikan dua minit ini untuk membuat mereka melakukan sesuatu yang mereka anggap sangat penting, “katanya lagi.
'I’m not a control freak': Klopp on pre-match routines, red cards and his dad https://t.co/7PTtFKY5W9
— The Guardian (@guardian) November 11, 2020
Sudah dari dulu
Tahun sebelum ini Jurgen Klopp pernah mendedahkan bahawa pemain Liverpool yang beragama Islam seperti Sadio Mane, Mohamed Salah dan Emre Can (ketika bermain di Liverpool) tidak pernah lupa menunaikan solat.
Malah Klopp menyatakan para pemain lain menganggap rutin dan kewajiban harian pemain pemain Muslim tersebut sebagai sebahagian daripada mereka.
Di mana, pemain yang bukan beragama Islam tidak ada masalah untuk turun lebih awal ke stadium untuk membolehkan para pemain muslim tersebut menunaikan solat terlebih dahulu.
Klopp memuji kekuatan mental dan fizikal pemain yang beragama Islam. Kerana menurutnya, mereka sangat kuat dan bertenaga dan tidak pernah meminta pengecualian khas – terutama sekali pada bulan ramadan.
Hanya kelab yang memberikan mereka latihan khas pada bulan puasa kerana mengambil kira perbezaaan waktu diet mereka yang perlu sesuai dengan latihan yang sesuai.
Klopp juga tidak pernah melarang pemainnya daripada berpuasa kerana menurut beliau itu adalah urusan agama yang harus dihormati. Cuma sebagai jurulatih beliau dan pembantunya memberikan panduan dari sudut kecergasan dan apa yang patut.
Klopp berkata: “Saya tidak ada masalah dengn puasa mereka, saya menghormati agama mereka, mereka sentiasa hebat dan mereka memberikan yang terbaik sama ada ketika mereka berpuasa atau tidak,” kata Klopp semasa sidang media final UCL menentang Tottenham Hotspur dua musim yang lalu.
“Ada hari-hari ketika Sadio Mane atau Mohamed Salah masuk menggunakan ruang di bilik persalinan kerana mereka sedang bersolat [jika tidak ada ruang solat], dan pemain lain menghormati merela.” kata Klopp.
“Dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang lebih penting daripada bola sepak.”
Liverpool manager Jürgen Klopp speaks about #Muslim players at the football club and how they accommodate for them.
Footage: Channel 4 News pic.twitter.com/xEl0tfuMrg
— IlmFeed (@IlmFeed) April 24, 2018
Oleh kerana itulah, media turut menghormati pendirian Sadio Mane dan rakan rakannya yang lain yang beragama Islam.
Beberapa hari yang lalu sebuat portal – Tribuna – melaporkan bahawa Iman masjid Al Rahma di Toxteth Liverpool memuji betapa rendah dirinya Sadio Mane.
Imam masjid Liverpool kongsi cerita tentang Mane
Sehinggakan dia tidak pernah memakai kereta Bentley mewah miliknya ketika datang ke masjid. Mane selalu memakai keretanya yang biasa biasa sahaja untuk ke masjid. Walaupun tidak ada masalah pun untuk beliau berbuat demikian.
Hanya Sadio Mane sahaja yang tahu kenapa beliau berbuat begitu.
Imam Abu Usamah Al-Tahabi turut mengulas tentang video Mane tular ketika dia membantu membersihkan kawasan tandas dan tempat wudhu di masjid Liverpool.
The Imam of a Liverpool Mosque : “Sadio often comes to the mosque , at home he has a Bentley but he comes to us in an ordinary car “. He’s not out seeking attention and nor is he arrogant. He even helps clean the Mosque toilet.” The simplicity of Sadio Mane ❤️ #LFC. pic.twitter.com/Qj4cxewiLU
— Grizz* (@GrizzKhan) January 11, 2020
Menurut Abu Usamah, Sadio Mane sebenarnya tak begitu suka dengan video itu ditayangkan kepada umum.
“Sadio sentiasa mengingatkan agar tidak ada orang mengambil video ketika dia membersihkan masjid. Ini kerana dia tak mahu perkara seperti itu ditunjukkan kepada orang di luar sana.”
“Sadio Mane sangat kerap datang ke masjid.”
Liverpool FC footballer Sadio Mane cleaning the mosque toilets and wudhu area. mA #humbling pic.twitter.com/eNIxZzSLTf
— Khalil Laher (@khalillaher) September 1, 2018
“Di rumahnya, dia ada sebuah kereta Bentley, namun dia datang ke masjid bertemu dengan kita di sini dengan cara yang tidak terlalu ‘fancy’ [menonjol] dan pakai kereta dia yang biasa.”
“Dia seorang yang sangat jujur [menjadi diri sendiri dan bukan dibuat buat].”
“Mane bukan insan yang mencari publisiti, dia langsung tidak ada sikap riak. Dia malah menolong mencuci tandas Masjid. Begitu mudahnya seorang Sadio Mane.”
Banyak lagi kisah tauladan daripada Sadio Mane. Kem kejurulatihan Senegal selalu memuji Mane. Beliau seorang yang sangat beradab kepada gurunya – dalam konteks bola sepak, jurulatih, pegawai dan staf sokongan yang lain.
Ada sekali Sadio Mane membantu kitman mengangkat air dari bas ke tempat latihan mereka. Perkara itu menurut staf di situ adalah benda biasa bagi Sadio Mane dan mereka.
Sadio Mane dan negaranya
Sadio Mane merupakan salah seorang daripada 10 pemain terbaik di dunia pada ketika ini. Dalam ranking Ballon d’Or yang lalu beliau berada di tangga ketiga.
Malah pemenang Ballon d’Or, Lionel Messi merupakan peminat aksi Sadio Mane dan mengundi pemain itu sebagai pemain terbaik dunia dalam kertas undiannya.
Menurut Messi, beliau selalu menonton aksi Liverpool apabila ada kesempatan, hanya kerana mahu melihat aksi Mane yang menghiburkan.
Mane tak pernah berputus asa
Klopp menyatakan: “Apa yang membuatkannya istimewa adalah, dia tidak pernah berhenti percaya.”
“Dalam pertemuan sebelum perlawanan itu [vs Barcelona], dia benar-benar yakin kami akan dapat melakukannya.”
“Walaupun ketika itu kami kehilangan dua pemain terbaik di dunia [Salah dan Roberto Firmino].”
“Dia mendorong dan memberikan semangat kepada pemain pemain lain. Dan beliau berusaha sedaya upaya untuk meredakan tekanan yang ada pada kami semua.”
Liverpool berjaya bangkit dengan kemenanga 4-0 di Anfield dan mara ke final dengan agregate 4-3.
Liverpool kemudian menang trofi tersebut di Madrid Selepas aksi kemenangan dalam final Liga Juara Juara Eropah 2018/19 ke atas Spurs, Sadio Mane telah kembali ke kampung halamannya di Bambali.
Beliau berjalan di sekitar kampung yang dikelilingi oleh ramai peminat belia yang bangga dan gembira.
Mane disenangi
Mane sempat mengusik seorang seorang wanita tua dan bertanya mengapa dia tidak mengangkat panggilan telefonnya?
“Kamu kenalaha balas balik missed call tu, saya kan ada berikan nombor.”
Itulah sikap Mane yang disenangi di kampung halamannya. Suka bergurau dan bermesra dengan penduduk setempatnya. Beliau menjadi pujaan dan simbol kebanggaan di Bambali.
Di dalam dokumentarinya, Mane menegaskan bahawa pentingnya pendidikan sebagai kunci kepada mengubah nasib mereka di Senegal.