Klopp Jelaskan Pendirian Beliau Tentang Bang Berahim Ke Liverpool

Jurgen Klopp memberikan penjelasan penuh keikhlasan apabila ditanya tentang; ‘Ekau tak beminat ke nak sign Ibrahimovic Januari ini secara pecuma jang?’

Menurut Klopp, jika Ibra tak pernah bermain untuk Manchester United, mungkin beliau akan meletakkan Ibrahimovic dalam senarai untuk dipertimbangkan.

Ibrahimovic kini free agent dan baru sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada MLS. Selepas ayat ucap selamat tinggal, Ibra terus mengarahkan penyokong LA Galaxy pergi tengok baseball selepas ini.

“Aku datang, aku lihat dan aku takluki. Terima kasih LA Galaxy sebab buatkan aku terasa hidup semula. Dan keapda penyokong LA Galaxy, korang mahukan Zlatan, kau berikan kamu Zlatan.”

Tanpa perlu menunggu orang beterima kasih, Zlatan terus mengucapkan sama-sama kepada penyokong LA Galaxy.

“Sama-sama kepada anda. Dan kisah ini akan terus bersambung…. sekarang pergi tengok baseball.”

Pemain berusia 38 tahun itu dikaitkan dengan banyak kelab besar di Eropah termasuk kepulangan semula ke Manchester United. Namun sumber di Itali yakin pemain itu akan menyertai Serie A. AC Milan dan Bologna antara 2 kelab yang sedang galak dikaitkan dengan Ibra.

Klopp berkata: “Dia macam ni la. Kalaulah Berahim tak pernah bermain dengan Manchester United, dan mungkin kami boleh mempertimbangkan nama beliau.”

Seterusnya, Klopp menjelaskan, Liverpool adalah pasukan yang sangat intensif dari segi permainan. Sebab tu Liverpool dilabel bermain heavy metal football.

Klopp tidak pasti jika Ibra adalah calon yang baik. Dan pada masa yang sama, Zlatan pun belum tentu nak datang ke Liverpool.

“Tapi, saya pun tak pasti kalau Berahim nak datang bermain kat kelab kita ni.”

“Lagipun pasukan kita ni sangat intensif.”

“Dengan itu saya nak cakap yang saya sangat menghormati Zlatan. Saya sangat suka dengan karier yang beliau lalui, suka dengan usaha beliau dan juga keyakinan beliau.”

“Mungkin beliau tidak sentiasa betul, tetapi ianya menghiburkan juga. Zlatan ni ada karakter yang hebat dan saya sangat berharap dia tidak berhenti bermain bola sepak.”

“Dunia ini akan sangat merindui beliau.”

Baca yang lain