Klopp Jelaskan Pertukaran Ofensif Di Zon 14 Walaupun Pada Kedudukan 3-2

Jurgen Klopp membuat pertukaran yang ofensif ketika pasukannya mendahului 3-2 menerusi Curtis Jones.

Pemain tersebut juga merupakan penjaring gol ketiga yang cantik untuk Liverpool.

Liverpool bergelut dengan kestabilan ketika bertahan dalam perlawanan ini. Di mana mereka seringkali terpecah unit pertahanan.

Seterusnya dari segi duel, Brentford menyasarkan Trent Alexander Arnold dengan meletakkan beberapa pemain di ‘bahu’ pemain itu ketika melakukan hantaran lintang.

Liverpool ketinggalan awal. Namun bangkit untuk mendahului 2 gol menjadikan kedudukan 2-1. Brenford tampil dengan menyamakan kedudukan 2-2.

Jones menjadikan kedudukan 3-2 dan kemudian Klopp mengeluarkan pemain tengah untuk memasukkan Roberto Firmino.

Brentford menjaringkan gol ketiga lewat dan seri 3-3.

Ditanya tentang pertukaran ofensif beliau, Klopp menyatakan, keputusan itu sebenarnya dibuat pada kedudukan 2-2. Ketika Brenford menjaringkan gol kedua mereka menerusi Janelt pada minit ke-63.

Klopp dan stafnya memutuskan untuk mencari 3 mata. Namun 4 minit daripada gol tersebut, Jones meletakkan Liverpool kembali di hadapan. Klopp yang sudah memutuskan untuk menukar sistem kepada ultra offensive meneruskan pertukaran itu.

Klopp berkata:

“Jelas sekali kami memutuskan tentang pertukaran itu pada kedudukan 2-2. Namun alasan utama pertukaran itu adalah kerana cara lawan kita bermain. Kita tidak begitu memerlukan pemain tengah ketiga kerana mereka hanya bermain hantaran jauh.”

“Jadi kita perlukan struktur yang jelas di sekitar pemain tengah yang akan mengambil bola. Ketika kita melakukan pertukaran itu, kita memikirkan bahawa kita memerlukan seorang lagi pemain di zon 14  [between the line] – untuk menukar struktur pasukan kita untuk memberikan lawan kita berfikir cara lain.”

“Rasanya sistem kami berfungsi baik [cuma tak cukup tajam di penyudah].”

“Kita tidak menjaringkan gol dalam beberapa situasi tetapi Bobby [Firmino] bermain dengan baik dari segi hantaran, menyimpan bola dan semua perkara macam tu. Kita ada peluang keemasan termasuk pada saat akhir tu. Ya, itulah sebabnya [kami tak menang]. Kami rasakan kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol untuk menang.”

Klopp memuji prestasi  lawannya dengan menyatakan dia dengan terbuka menerima keputusan ini kerana lawan mereka telah bermain bola sepak yang luar biasa dalam perlawanan yang gila.