Ketika Jurgen Klopp menerima panggilan daripada Liverpool pada satu ketika dahulu, dia masih bercuti bersama isterinya Ulla.
Ketika itu Klopp sudah beberapa kali menolak panggilan daripada beberapa pasukan lain kerana mahu fokus kepada percutiannya bersama isteri tersayangnya. Ini termasuk, Manchester United.
Namun ketika menerima panggilan daripada Liverpool, isterinya dapat merasakan bahawa kelab itu adalah destinasi untuk suaminya. Lalu dia tahu bahawa Klopp mahu ke sana.
Phil Thompson pada 2019 mengadakan wawancara dengan Klopp untuk ITV 2. Phil berkata: “Saya menemuramah Klopp dan saya bertanya adakah Liverpool dan Klopp memang dah dijodohkan bersama. Dia melihat saya dan bertanya ‘kenapa kamu kata begitu?’.”
“Kemudian Klopp memberitahu saya, dia hampir mengambil alih jawatan di Manchester United. Namun itu bukan pilihan terbaik untuknya.”
“Ketika tawaran Liverpool tiba, tiba tiba isterinya menyatakan itu baru pilihan tepat untuknya. Ada sesuatu yang pelik berlaku di sini sebenarnya. Seolah olah Klopp adalah orang yang mencipta Liverpool.”
Klopp tanpa berlengah terus bercakap dengan delegasi Liverpool. Isterinya melihat keceriaan di wajah suaminya.
Mungkin kerana bandar Liverpool dan budaya bola sepak di Mersesyside. Kelab Liverpool itu sendiri yang dekat dengan budaya bola sepak di Borussia Dortmund.
Tidak lupa, kedua dua stadium menjadikan YNWA sebagai anthem penyokong mereka.
Ketika itu Liverpool seperti Dortmund, gergasi yang terlelap dan perlu dibangunkan. Manchester United menawarkan Klopp kontrak lebih lumayan dengan kekuatan dana perbelanjaan lebih baik.
Tetapi jiwa Klopp lebih kepada Liverpool.
Beberapa tahun kemudian, Klopp melanjutkan kontraknya di Liverpool. Kerana dia melihat keluarganya terutama sekali isterinya sangat gembira menjadi sebahagian Scouser.
Klopp membina Liverpool sesuai kehendaknya, mewujudkan karakter yang agresif. Permainan yang dikagumi. Kemudian Klopp menunaikan janjinya pada hari pertama. Di mana ketika itu dia berkata:
Kenapa pilih Liverpool?
Klopp: “Intensiti bola sepak mereka. Masyarakat yang tinggal di Liverpool, sekitar Liverpool dan penyokong Liverpool di seluruh dunia. Ini bukan kelab biasa biasa, ini kelab istimewa. Saya dah ada dua kelab istimewa [Mainz dan BvB. Dan sekarang ini adalah langkah yang sempurna untuk saya.”
“Ini penghargaan tertinggi yang saya dapat bayangkan, untuk berada di salah sebuah kelab terbesa di dunia. Diberikan peluang untuk cuba membantu memperbaiki situasi yang sebenarnya taklah serumit yang orang fikirkan.”
Ditanya sama ada, boleh ke Liverpool menang EPL?
“Ini adalah masalah terbesar kamu di Liverpool setakat ini. EPL adalah salah satu liga paling sukar di dunia kerana ada lima, enam, atau tujuh pasukan yang berkeupayaan memenanginya namun akhirnya cuma ada satu juara dan yang lain akan kecewa.”
“Perkara yang paling penting dalam membangunkan, bukan kerana situasi yang kita hadapi sekarang atau beberapa musim ini.”
“Ini adalah masa terbaik untuk bermula semula. Ianya tidak penting siapa yang akan menang EPL pada akhir musim, tiada siapa yang tahu.”
“Apa yang penting hanyalah, kita bermain dengan cara kita, pemain rasa yakin dan mendapat kepercayaan daripada orang lain.”
“Sangat penting untuk pemain dapat merasai perbezaan. Mereka harus memikirkan bahawa mereka boleh mencapai ekspektasi penyokong dan media. Kamu harus mengubah orang yang penuh keraguan kepada orang yang percaya [from a doubter to a believer].”
“Kita harus bermula bersama sama dan kita akan lihat apa yang akan berlaku tahun ini. Kita harus mengubah prestasi kita kerana tiada siapa pun yang berpuas hati sekarang ini.”
“Kadangkala kamu tidak berpuas hati kerana kamu tidak melihat langkah besar atau hasil dalam pembangunan yang kamu nantikan, kerana wang yang dibelanjakan.”
“Jangan fikirkan soal wang, fikirkan bola sepak semata mata.”
“Jika kamu mahu menikmati bola sepak, bersiap sedia untuk ini. Kamu datang ke stadium dan melihat perkara seperti semangat melawan, pecutan, percubaan yang banyak dan semua benda macam ni.”
“25 tahun tanpa EPL adalah masa yang sangat panjang. Selama itu, mereka cuba memperbaiki diri untuk memenangi kejuaraan seterusnya. Sejarah itu hanya asas kepada kelab kita. Namun kamu tidak boleh mengendong sejarah besar kamu di dalam beg kamu.”
“Ramai orang duduk di sini tahun lalu, di kerusi ini, dan sentiasa bergantung kepada pengharapan daripada peminat dan media. Kita harus bermula, saya nak lihat langkah pertama minggu depan namun jangan selalu bandingkan diri kita dengan pasukan lain.
“Ayuh mulakannya dengan cara berbeza. Ini adalah detik sempurna untuk melakukan semuanya dengan cara berbeza.”
“Di sini adalah lelaki Jerman, yang pertama kali [mengadakan sidang media di Liverpool]. Saya bukan tahu segalanya, namun saya seorang pendengar yang bagus. Saya nak mendengar kamu sekarang. Saya akan tengok sama ada kerja saya berhasil atau tak. Kita semua harus memikirkannya dan kemudian bermain bola sepak.”
“Kita nak bermain dengan emosi, ini sangat penting di Anfield. Atmosfera terbaik, saya datang dari Dortmund, maka itu perkara pertama saya nak dengar nanti.:
“Walaupun atmosfera terbaik sekalipun, kadangkala ianya tidak selari dengan aksi di atas padang.”
“Semua orang di seluruh dunia bercakap tentang possession football, pasukan terbaik di dunia berman play possession football, itu adalah hakikatnya.”
“Namun kita tak boleh mengubah peraturan perlawanan, kita ada peluang 50% untuk memiliki bola dan lawan kita pun ada peluang 50%. Kita harus merancang kedua duanya [ketika dalam penguasan dan ketika hilang bola / off ball] dan melihat apa yang harus kita buat. Namun kita harus bekerjasama.”
“Saya tak nak melabel diri sendiri. Adakah seseorang dalam bilik ini memikirkan saya boleh mencipta keajaiban? Tak! Saya hanyalah lelaki biasa [a very normal guy] datang dari Black Forest dan emak saya masa ni pastinya sedang duduk depan tv menonton. Dia masih tidak bercakap sepatah pun tentang perkara ini [Klopp jadi pengurus Liverpool] namun dia sangat berbangga.”
:Saya memang seorang lelaki biasa. Saya The Normal One, mungkin itu yang kamu nak dengar.”
“Saya seorang pemain yang sangat biasa biasa dan menjadi pengurus di Jerman dengan kelab istimewa Mainz – kalau kamu berpeluang ke Jerman, pergi dapatkan tiket untuk menyaksikan mereka, ianya tempat yang istimewa.”
“Kemudian saya berpeluang untuk menguruskan Dortmund, kelab yang sangat istimewa. Selepas 7 tahun, demi kebaikan kedua dua pihak, saya pergi.”
“Saya harap kamu menikmati hasil kerja saya. Semua orang beritahu saya tentang perangai media Inggeris, sekarang ni terpulang kepada kamu untuk memmbuktikan bahawa mereka tu penipu.”
“Bagi kami masa untuk melakukan tugas kami. Namun apabila saya duduk di sini dalam 4 tahun, rasanya kami sudah ada 1 piala masa tu.”
Menariknya Klopp benar benar kalah dalam beberapa siri pertandingan piala termasuk piala domestik dan UCL di tangan Real Madrid.
Pada tahun keempat, Klopp benar benar menunaikan janjinya. Dia bukan memberikan piala yang kaleng kaleng. Tetapi UCL!
Musim berikutnya Klopp memberikan Liverpool kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan beberapa piala antarabangsa yang lain.
Pada 2022, Klopp menamatkan badi final Wembley dengan membantu Liverpool menjuarai Piala Liga.
Namun para peminat agak bimbang mereka akan kehilangan Jurgen Klopp yang sudah membayangkan dia mungkin akan berundur selepas 2024.
“Saya akan berundur selepas 2024 [kontrak tamat] namun tengoklah kalau saya ada tenaga lagi untuk meneruskannya, baru saya memikirkan untuk menyambungnya.”
Tetapi sekali lagi isterinya memainkan peranan penting dalam keputusan Klopp yang membawa kepada keputusannya untuk kekal lagi sehingga 2026.
“Saya dan Ulla berada di meja di dapur. Dan dia berkata: Betul ke kita akan tinggalkan mereka selepas 2024? Saya tak rasa begitu’. Dan itulah di mana pertama kali saya memikirkan untuk melanjutkan kontrak.”
Klopp:
“Me and Ulla were around the kitchen table and she just said: ‘are we really leaving all these people in 2024? I can’t see it.’ And then that’s where the first thought was (to extend).” [LFC] pic.twitter.com/41HyIlSy38
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) April 28, 2022
Bercakap kepada media Liverpool: “Kenapa? Kerana Ulla mahu kamu kekal. Sebagai suami yang baik, apa yang akan kamu lakukan kalau isteri kamu meminta kamu kekal? Kamu akan kekal.”
“Tapi itu bukan satu satunya alasan saya kekal, cuma salah satu sebab.”
“Kamu semua tahu saya sayangkan kelab kita dan ini adalah tempat terbaik. Saya rasa sangat sangat bertuah.”
The boss has a special message for you… ❤️ pic.twitter.com/T4vFwYFN9p
— Liverpool FC (@LFC) April 28, 2022
Klopp kini menjadi pengurus EPL yang paling lama di kalangan pengurus yang masih aktif.
Dia dan Ulla bersama lebih lama daripada itu. Pertemuan pertama mereka adalah pada Oktoberfest 2015. Dan setahun kemudian mereka terus berkahwin.
Di mana sahaja Klopp pergi dia akan menjadi kesayangan peminat. Kerana dia lebih daripada seorang pengurus. Dia seorang insan yang hebat.
We are delighted to announce Jürgen Klopp has signed a new contract to extend his commitment with the club! 🔴
— Liverpool FC (@LFC) April 28, 2022
Dia menguruskan Mainz sebelum Borussia Dortmund. Sehingga hari ini dia masih dialu alukan oleh Mainz.