Klopp Kemaskini Situasi Kecederaan Alex Oxlade-Chamberlain, Lovren Dan Fabinho

Alex Oxlade-Chamberlain sah tidak akan beraksi dalam dua perlawanan terakhir Liverpool pada akhir tahun 2019 selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali.

Perkara itu telah pun disahkan sendiri oleh pengurus pasukan Liverpool yang bergaya dan kacak, Jürgen Klopp.

Pemain antarabangsa England itu mengalami kecederaan di buku lali ketika aksi perlawanan akhir Piala Dunia Kelab pada hujung minggu lalu menentang Flamengo.

Alex Oxlade-Chamberlain terpaksa dikeluarkan pada minit ke-75 dan digantikan oleh Adam Lallana.

Liverpool berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan selepas aksi 120 minit. Jaringan kejuaraan dunia Liverpool dijaringkan oleh Roberto Firmino.

Alex Oxlade-Chamberlain tetap berada dengan pasukan ketika keraian piala.

Menerusi pengesahan yang terbaru daripada Jurgen Klopp, beliau mengesahkan Alex Oxlade-Chamberlain tidak akan dapat bermain dalam dua perlawanan iaitu menentang Leicester dan juga Wolverhampton.

Kedua dua perlawanan tersebut adalah dalam kalendar Liga Perdana Inggeris.

Buat masa ini Liverpool FC tidak dapat mengesahkan bila pemain itu akan kembali semula beraksi.

Bahagian perubatan akan beberapa melakukan ujian dan penilaian susulan bagi mengeluarkan tarikh jangkaan pemain itu akan kembali beraksi.

Klopp berkata dalam sidang media pra-perlawanan menentang Leicester: “Bahagian buku lali adalah bahagian yang kita memang jangka dia cedera. Sebab kita ada 3 ligamen di luar buku lali dan salah satu daripada cedera.”

“Sekarang ini kita nak tengok bagaimana kita boleh membantu beliau sembuh secepat yang mungkin. Saya tak tahu sebenarnya berapa lama.”

“Saya sendiri, dulu pernah mengalami kecederaan seperti itu. Ia boleh jadi cepat, dan boleh jadi juga lambat untuk pulih.”

“Tiada peluang langsung untuk dia beraksi pada hari Khamis ni. Dan Oxlade tidak akan bermain lagi untuk 2019. Itu sudah pasti.”

Jurgen Klopp kemudian memberikan kemaskini tentang situasi pemain lain iaitu Dejan Lovren, Matip dan Fabinho.

“Tiada berita yang gembira daripada mereka yang sedang cedera.”

“Namun perkembangan untuk Lovren, Matip dan Fabinho sangat baik ketika proses pemulihan. Dan sudah pasti mereka tidak akan bersedia untuk memenangi perlawanan ini.”

Semoga Alex Oxlade-Chamberlain sembuh secepat yang mungkin dan menjalani proses pemulihan dengan lancar. Begitu juga dengan beberapa pemain lain yang masih lagi dalam proses rehabilitasi.

Liverpool dalam rangka persiapan hadapan dengan Leicester City dalam aksi EPL. Ianya merupakan pertembungan di antara dua kelab yang berada di tangga pertama dan kedua Liga Perdana Inggeris.

Liverpool berada 10 mata di atas Leicester City pada ketika ini. Liverpool match sebelum tewas dalam perlawanan sepanjang musim ini setakat ini.

Manakala anak buah Brendan Rodgers pastinya mahu bangkit selepas kekalahan di tangan Manchester City pada minggu lalu.

Ini jelas sekali bukan perlawanan yang mudah untuk pasukan Liverpool kerana mereka berada dalam prestasi sangat baik pada musim ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan