Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, memberikan komen beliau tentang kemarahan Mohamed Salah ketika dikeluarkan dalam perlawanan menentang Brighton & Hove Albion.
Klopp menyatakan dia tidak begitu ambil pusing tentang reaksi Mo Salah yang kecewa dan menunjukkan rasa tak puas hatinya ketika aksi di Stadium Amex, Sabtu.
Liverpool terlepas 3 mata pada minit akhir perlawanan selepas pengadil memberikan penalti kepada Brighton pada masa kecederaan sebelum wisel penamat.
Liverpool di hadapan menerusi gol oleh Diogo Jota.
Mohamed Salah menjaringkan gol dalam perlawanan ini, namun gol beliau dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid yang sangat ‘halus’ ini.
Pada separuh masa kedua, Sadio Mane juga menyaksikan golnya dibatalkan VAR. Dan kali ini memang jelas Mane berada dalam kedudukan ofsaid.
Mohamed Salah menyumbangkan assist kepada gol Diogo Jota. Namun beliau tidak dapat menambah lagi koleksi golnya pada aksi semalam.
Klopp memberikan komen tentang reaksi Salah dengan berkata:
“Jika Salah tersenyum ketika dia meninggalkan padang, itu bermakna ada sesuatu yang tak kena [something wrong].”
Klopp kemudian menjelaskan, Salah dikeluarkan bukan kerana dia beraksi teruk, tetapi sebagai langkah berjaga jaga kerana isu kecederaan yang kritikal di Liverpool.
“Kita harus berhati-hati, dia tidak suka dengan itu [langkah mengeluarkan dia awal], itu saja,” kata Klopp.
Klopp: "Nat Phillips played an exceptional game. In football you always need a bit of luck in a tough away game, so it was a draw. Front three were good, worked out well.
"A day when Salah is smiling when leaves, something wrong. Covid, he was out, we have to be careful."
— Paul Gorst (@ptgorst) November 28, 2020
Dalam aksi semalam juga, Liverpool menghadapi satu lagi senarai kecederaan iaitu James Milner yang terpaksa dikeluarkan.
Selepas perlawanan ini, Liverpool akan bermain satu lagi perlawanan besar pada pertengahan minggu depan. The Reds akan bertemu Ajax Amsterdam dalam saingan Liga Juara-Juara 2020-2021.
Perlawanan ini sangat penting kerana Liverpool memerlukan mata penuh untuk dapat mara ke peringkat 16 terakhir. Lebih-lebih lagi, persaingannya cukup sengit, di mana Liverpool bersaing dengan Atalanta dan Ajax untuk layak ke kalah mati.