Klopp telah membalas surat aduan oleh peminat Manchester United berusia 10 tahun agar Klopp selepas ini memastikan Liverpool kalah selepas ini.
Biasanya orang cemerlang ni dapat surat pujian, namun Klopp pula dapat surat complain. Namun aduan dan permintaan Daragh itu terpaksa ditolak.
Daragh Curley, penyokong United Ireland, telah menulis kepada Klopp meminta dia untuk menghentikan kemenangan yang boleh menjurus kepada kejuara Liga Perdana Inggeris oleh Liverpool musim ini.
We ♥️ this!
10 year old Man Utd fan Daragh from Donegal wrote a letter to Liverpool boss Jurgen Klopp asking him to stop his team winning so often.
Klopp wrote a personal letter back and it's brilliant! pic.twitter.com/MzsWY346U7
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 20, 2020
“Saya berharap saya yakin anda tidak akan memenangi liga atau sebarang perlawanan lain lagi selepas ini.”
“Seperti mana yang anda mahukan Liverpool kalah, saya juga begitu, tugas saya untuk melakukan segala yang saya mampu untuk membantu Liverpool menang, kerana ada berjuta-juta orang di seluruh dunia yang mahukan itu berlaku.”
“Jadi saya tidak mahu membiarkan mereka kecewa, “tulisnya.
Klopp berkongsi kisah
Klopp ditanya wartawan tentang kesahihan berita itu. Klopp mengesahkannya, dan beliau gembira untuk berhubung dengan peminat yang luar biasa seperti itu.
Cuma Klopp kalau boleh tak nak perkara itu dihebahkan di media. Namun beliau akur, kerana zaman sekarang ini, memang begitulah situasiny.
“Saya tidak dapat menjawab setiap surat, kerana banyak sekali yang saya dapat,” katanya.
Klopp on the young Man United fan who wrote to him:
🗣"I like the rivalry we have but I love even more if we can keep that on the pitch, I hope Daragh is happy"
Class 👏🔴 #LFC pic.twitter.com/lc1cbxg7aL
— TheKop.com (@TheKop_com) February 21, 2020
“Namun ianya sangat bagus, ia bagus, ia adalah perkara yang agak nakal. Kami mempunyai masa terluang tempoh hari, jadi saya membaca surat itu dan saya membalasnya.”
“Ia adalah realiti di dunia sekarang. Di mana, apabila berlaku yang istimewa; saya mendapat surat itu, saya membalasnya dan pada keesokan harinya ia disiarkan akhbar.”
“Saya tidak suka sangat, tetapi saya ok sahaja.”
“Saya tidak ada masalah dengan penyokong kelab lain, saya tahu ini adalah dunia bebas, jadi kita boleh memilih kelab mana yang kita suka. Dan saya tidak fikir semua orang mesti menjadi peminat Liverpool.”
“Saya suka bekerja untuk Liverpool dan saya suka persaingan yang kita ada, tetapi saya lebih suka jika kita boleh memastikan bahawa persaingan itu kekal di padang. Selain itu, mereka boleh gembira dan kita pun perlu gembira.”
“Saya harap Daragh sekarang gembira. Kelihatannya dia begitu, nanti saya tengok.”
“Dia baru berumur 10 tahun. Dan dia agak nakal. Namun usia 10 tahun, saya fikir adalah usia yang baik untuk menjadi nakal.”
“Kami cuba untuk memberikan respon kepada seberapa banyak yang mungkin, tetapi ia mustahil. ”
“Saya fikir ramai yang berfikir mereka hanya menulis dan merasakan agak mustahil untuk mendapat jawapan. Namun saya akan cuba membaca semuanya.”
🗣️"I didn't expect to get a reply from Jürgen Klopp at all"
10-year-old Daragh Curley tells Adrian Chiles his shock at the @LFC manager's personal reply to his letter asking him lose⚽️
Eddie Jones best watch out as he's Daragh's next target
📲Read more https://t.co/Ec7ELTc9Tv pic.twitter.com/o21UwmF5Mf
— BBC Radio 5 Live (@bbc5live) February 21, 2020
“Bukan saya yang membuka surat itu. Tetapi ada [pegawai] kami dan mereka memaklumkan kepada saya. Dan saya anggap ia sangat cool.”
Bagaimana ia bermula
Segalanya bermula apabila Seorang peminat cilik Manchester United telah menerima surat rasmi daripada Jurgen Klopp.
Ianya selepas dia mengirim satu surat aduan / complain kepada Jurgen Klopp dan meminta agar pengurus Liverpool itu, berhenti menang selepas ini.
Pasukan Liverpool masih tak kalah dalam saingan EPL. Dan mencipta rekod kemenangan yang sangat luar biasa.
Surat aduan kepada Klopp sebab menang banyak sangat
Daragh Curley dari Donegal menulis surat kepada Jurgen Klopp untuk assignment sekolahnya.
Budak berusia 10 tahun itu bertanya: Boleh tak kalau Liverpool kalah beberapa perlawanan agar mereka tidak menang liga musim ini.
Menariknya, apabila surat Daragh itu telah dibalas oleh Klopp. Di mana pengurus Liverpool itu menzahirkan kekaguman beliau ke atas Daragh.
Namun permintaan budak 10 tahun itu tak dapat Klopp tunaikan. Kerana buat masa ini, Liverpool tidak boleh keciciran sebarang mata lagi.
Ayah Daragh berkata, rakan-rakan beliau yang lain menulis surat peminat kepada kelab mereka minat, namun anaknya memilih untuk menulis surat aduan / bantahan / komplen kepada bos Liverpool.
Surat itu berbunyi: “Liverpool sekarang ini menang banyak sangat perlawanan. Jika kamu menang 9 perlawanan lagi, kamu akan menjadi pasukan terbaik yang mencipta rekod tanpa kalah dalam bola sepak Inggeris.”
“Sebagai penyokong Manchester United, ini sesuatu yang sangat menyedihkan saya.”
“Jadi, lepas ni, kalau Liverpool bermain, pastikan mereka kalah. Kamu haruslah berikan peluang untuk pasukan lain skor. Saya nak memujuk kamu untuk tidak menang liga dan juga mana-mana perlawanan lagi.”
Klopp benar benar membalas
Ibunya sangat terkejut ketika menerima sepucuk surat untuk anaknya. Ini kerana dia melihat surat itu adalah dari Jurgen Klopp.
Ayahnya berkata: “Ibu dia terkejut melihat surat itu dari Jurgen Klopp. Dan ia benar-benar daripada Jurgen Klopp.”
Dalam surat itu, Klopp membalas surat aduan Daragh dengan berkata:
“Malang sekali, dalam keadaan sekarang, saya tidak dapat memenuhi permintaan kamu, dan tidak boleh dipertimbangkan.”
“Seperti mana tingginya keinginan kamu mahu melihat Liverpool kalah, begitu juga tingginya usaha saya mahu melakukan segala yang termampu untuk membantu Liverpool menang.”
“Ini kerana ada juta lagi mereka di seluruh dunia yang mahu kemenangan ini direalisasikan. Jadi, saya tidak mahu membuatkan mereka kecewa.”
“Nasib baik buat kamu, kami kalah sebelum ini, dan kami juga akan kalah selepas ini, kerana inilah bola sepak.”
“Cuma masalahnya, apabila kamu yang berusia 10 tahun berfikir bahawa perkara ini akan kekal seperti sekarang ini, satu perkara yang saya nak beritahu kamu – sebagai orang berusia 52 tahun – ini sebenarnya perkara yang tidak pasti.”
Klopp juga menyatakan, Man United bernasib baik kerana ada penyokong seperti Daragh, dan Klopp memuji semangat Daragh menyokong kelabnya.
Ayah Daragh berkata, walaupun dia penyokong United, namun dia merasakan Klopp seorang manusia yang hebat.
“Sebagai penyokong United, ianya sakit melihat Liverpool sangat baik musim ini. Namun di sebalik semua ini, tabik kepada Klopp dan atas apa yang beliau telah lakukan.”
“Dia sentiasa tampil seperti seorang yang baik. Dan dengan surat ini, ianya mengesahkan kepada saya bahawa dia memang seorang yang sangat baik.”
“Apa yang saya suka tentang surat ini adalah semangat kesukanan dan rasa hormat – dengan menyatakan perkara seperti itu kepada budak 10 tahun, ianya hebat.”
Tiada siapa dibenarkan melalang
Namun ayah Daragh tidak mahu anaknya menukar kelab, walaupun mereka kini mengagumi Klopp.
Beliau berseloroh: “Kami perlu terus mengamalkan teknik pemerkasaan, bagi memastikan tak seorang pun daripada kami yang akan melalang daripada mandat Man United.”