Klopp: Kualiti Kita Sedang Merosot

Jurgen Klopp menyatakan bahawa beliau sedar kualiti Liverpool ketika ini sedang menurun. Tetapi menegaskan bahawa prestasi tidaklah seteruk yang digambarkan oleh keputusan dalam beberapa perlawanan.

Liverpool kekal di puncak liga. Namun hanya mendapat 2 kemenangan daripada 6 perlawanan terakhir dan 2 daripada 7 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Man United kini ada satu perlawanan di dalam tangan. Sama mata dengan Liverpool menjelang aksi Liga Perdana Inggeris kedua dua pasukan selepas ini.

“Kami tak menunggu prestasi sebegini, dan kami tak seronok dengannya. Namun ini bukannya benda pelik pun berlaku. Saya rasa kami hanya menang 2 kali daripada 6 perlawanan terakhir. Itu bukan standard yang kami jangka daripada pasukan kami sendiri. Jelas sekali.”

“Jadi kami tak akan ambil muda. Namun kita akan lihat di mana kita akan boleh tingkatkan lagi, kita kena meningkatkan diri. Cuma saya tak rasa kesemua benda tak bagus dalam beberapa minggu ini.”

“Liga ini kuat. Kamu goyah sikit, dengan segera keputusan yang tidak memihak akan datang kepada kamu. Kerana lawan kamu bertarung dengan segala yang mereka miliki. Kamu sendiri melihat perlawanan menentang Southampton.”

Klopp menambah, sebelum itu, Liverpool harus fokus kepada aksi berhadapan dengan Aston Villa dalam saingan Piala FA.

Musim lalu, skuad Klopp mara ke separuh akhir. Namun disingkirkan oleh Aston Villa. Dengan masa itu Liverpool terpaksa menghantar pasukan pembangunan – berikutan tugasan Piala Dunia Kelab,

“Piala FA piala penting. Kalau tak, takkan kita pergi sejauh ini setakat ini. Sata rasa kita bertuah kerana diundi dalam perlawana hebat menentang Villa. Ini akan menjadi perlawanan sukar juga.”

“Kita sentiasa ambil serius, sama juga kali ini. Namun kita tidak boleh lupa dengan intensiti pada masa yang kita lalui sekarang, dan semua benda yang berkaitan.”

Klopp sebelum ini menyaksikan pasukannya dibantai Aston Villa 7-2 di Villa Park. Dan beliau pastinya berharap kejadian serupa tak akan berulang.

Klopp mengesahkan beliau akan cuba mengimbangi keadaan skuad dan mengutamakan pemain yang cergas. Klopp membayangkan ada penggiliran akan berlaku kali ini.

Baca yang lain