Klopp Lanjutkan Kontrak Di Anfield

Liverpool FC mengesahkan bahawa pengurus mereka iaitu Jurgen Klopp setuju untuk melanjutkan kontrak beliau di Anfield untuk tempoh lebih lama lagi.

Dalam satu kenyataan media sebentar tadi Liverpool menyatakan:

“Fenway Sports Group hari ini mengesahkan bahawa Jürgen Klopp telah mempersetujui kontrak lanjutan.
Pengurus Liverpool tersebut telah memanjangkan kontrak beliau sehingga 2024.”

FSG turut mengesahkan bahawa jurgen Klopp akan terus dibantu oleh Peter Krawietz dan Pepijn Ljinders

FSG percaya Jurgen Klopp adalah orang yang paling tepat untuk terus memacu pasukan Liverpool FC.

Sejak mengambil alih Liverpool pada 2015 Jurgen Klopp telah mengubah pasukan ini menjadi sebuah pasukan yang lebih digeruni dan kembali bersaing dengan pasukan pasukan elit di eropah yang lain.

Paling manis apabila pada musim 2018/19 , Klopp membantu Liverpool menjulang Liga juara-juara Eropah yang keenam dalam sejarah kelab.

Agak malang apabila musim lalu Liverpool tidak dapat menjuarai Liga Perdana Inggeris walaupun berjaya mengutip 97 mata. Ini kerana juara musim lalu Manchester City jelas sekali sebuah pasukan yang lebih baik.

Masa depan Jurgen Klopp mulai menjadi topik perbincangan sejak beberapa minggu ini. Ada yang menjangkakan beliau mungkin akan angkat kaki daripada Liverpool selepas kontrak beliau tamat.

Namun kini semua menarik nafas lega apabila pengurus yang disenangi kawan dan Lawan tersebut memilih untuk kekal.

Beliau meneruskan kecemerlangan dalam mengendalikan pasukan pada musim ini setakat ini.

2 hari yang lalu Jurgen Klopp membantu Liverpool untuk mara ke pusingan kalah mati Liga juara-juara Eropah selepas menewaskan RB Salzburg.

Pada ketika ini Liverpool berada di kedudukan teratas Liga dibezakan lapan mata daripada pasukan tangga kedua Leicester City; dibezakan 14 mata daripada pasukan di tangga ketiga lan
Manchester City.

Di luar padang jenama Liverpool FC menjadi semakin kuat dan nilai kelab meningkat naik dengan mendadak.

Semua ini mustahil berlaku sekiranya pasukan yang dipimpin dipimpin oleh Jurgen Klopp di atas padang gagal mempamerkan bola sepak yang bermutu dan meyakinkan.

Hubungan Jurgen Klopp dengan Michael edwards juga dikatakan menjadi faktor utama kepada kepercayaan Liverpool kepada beliau.

Ketika Liverpool cuba melantik Michael Edwards menjadi pengarah sukan ramai yang tidak gemar dengan, ada satu kuasa pada Edward yang membolehkan beliau bertindak seperti transfer comittee yang diamalkan sebelum ini.

Jurgen Klopp ada pandangan yang berbeza dan percaya beliau boleh bekerjasama dengan Michael edwards.

Ini kerana Klopp percaya Edward memahami tugasnya sebagai pengurus dan akan cuba meminta pandangannya untuk keputusan akhir dalam perpindahan pemain.

Kerjasama jurgen Klopp dengan Michael Edwards telah membantu pasukan membawa ramai nama elit dalam bola sepak Eropah termasuk Alisson Becker, Fabinho, Naby Keita, dan Mohamed Salah.

FSG sangat berbesar hati untuk menawarkan kontrak baharu dan gembira dengan kesepakatan yang dicapai di antara kedua-dua pihak.

Ini kerana bagi mereka tiada orang lain yang lebih berhak untuk terus mengendalikan momentum yang ada pada pasukan Liverpool pada hari ini selain daripada Jurgen Klopp.

Jurgen Klopp akan terus menjadi sebahagian daripada projek penting Liverpool pada masa yang akan datang termasuk pembentukkan pusat latihan serba moden di Kirkby.

Berita gembira untuk anda? Taip on suka di ruangan komen.

Korang tengok LA ucapan Klopp, siap dia mintak orang letak Breaking News depan tu. Setan kahkah.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai