Klopp: Mana Korang Dapat Berita Liverpool Nak Beli Mbappe Ni?

Jurgen Klopp terkejut beruk ketika wartawan bertanya tentang cerita: Adakah benar beliau mahu mendapatkan Kylian Mbappe?

Bagi Klopp bukan mudah nak mendapatkan pemain berkaliber macam Mbappe. Kena pula pasaran pemain yang sangat teruk inflasi.

Klopp juga hairan dengan orang orang yang benar percayakan berita seperti ini kecuali penulis artikel di laman Liverpool Half Space.

The Guardian melaporkan Liverpool sangat mahukan Mbappe untuk meningkatkan lagi nilai komersial kelab mereka. Apa dia ingat muka Gandum tak ada nilai ka?

Klopp menegaskan: “Kalau nak beli pemain berkaliber, benda ni susah korang tau tak. Dan buat masa ni aku tak nampak lagi ada kelab mampu dapatkan Mbappe dari PSG.”

“Dan we all, semua yang ada dalam kelab ni pun tak terfikir nak membeli budak tu.”

“Adakah korang semua benar benar percaya (berita macam ni) semudah tu?”

“Ok dari aspek kesukanan, kalau diikutkan, tak banyak alasan kau boleh bagi, untuk tidak membeli pemain macam beliau.”

“Namun sekarang kita sembang soal duit, memang tak ada peluang la, tak ada peluang.”

“Maaflah terpaksa membunuh keseronokan berita tu.”

Namun di Sepanyol, Zinedine Zidane terus menyatakan bahawa Mbappe sudah lama mengidam untuk bermain dengan Real Madrid sejak kecil lagi.

Menguatkan spekulasi bahawa Real Madrid akan membida pemain itu di masa akan datang. Dilaporkan PSG meletakkan harga minimum sekitar €280 juta sahaja.

Liverpool dalam persiapan nak melawan Manchester City pada Ahad ni. Dan Liverpool fokus untuk memastikan tidak tewas dalam perlawanan itu.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di