Klopp Memuji Debut EPL Minamino

Pemain bintang sensasi terbaru Liverpool Takumi Minamino telah melakukan aksi debut pertama beliau dalam Liga Perdana ketika mereka menentang Wolverhampton Wanderers pada malam Khamis lalu.

Jurgen Klopp percaya Takumi Minamino mempamerkan permainan yang berbeza dalam pertandingan sulungnya di Liga Perdana Inggeris.

Ianya lebih baik dari apa yang diharapkan. Minamino menunjukkan aksi yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan aksi beliau ketika bermain untuk Piala FA yang lalu.

Minamino menikmati aksi pertama dalam permainan Liga dan beliau bermain didalam perlawanan yang mana Liverpool harus menang untuk mengekalkan rekod kemenangan berturut mereka.

Beliau telah masuk menggantikan Sadio Mane yang mengalami kecederaan pada babak pertama perlawanan.

Aksinya agak baik dalam membantu bahagian serangan serta pertahanan Liverpool. Liverpool berjaya memperoleh kemenangan 2-1 menewaskan Wolverhampton Wanderers pada hari Khamis lalu.

Pemain antarabangsa Jepun itu menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan £ 7.25 juta dari Red Bull Salzburg awal bulan ini.

Beliau bermula dibahagian sayap kiri sebelum berpindah ke sayap kanan pada babak kedua.

Jurgen Klopp memuji aksi Minamino yang menunjukkan permainan yang sangat menarik dan mengawal tempo permainan dengan cemerlang.

perlawanan pada malam itu sangat sengit dan Klopp tidak menjangkakan Minamino akan memberi persembahan yang begitu mengagumkan di Molineux.

“Malam semalam adalah langkah besar untuknya,” kata bos Reds pada hari Jumaat lalu. “semalam adalah permainan dimana dia harus bersinar dan bermain menunjukkan permainan terbaik untuk dirinya.”

“Dia boleh bermain di mana sahaja yang diarahkan. Dia cukup serba boleh, dan malam semalam dia melakukan apa yang harus dilakukannya. ”

Klopp menambah: “Dia budak lelaki super.  Dan dia adalah pilihan paling tepat dengan corak permainan yang kami harapkan.

Anda melihat banyak keupayaannya malam tadi.  Sebagai pemain bola sepak, anda tidak boleh hanya bermain untuk menjaringkan dua gol, dan semua benda itu. Anda harus bermain dengan baik dan memberi impak dalam perlawanan.”

“Perlawanan semalam adalah perlawanan yang besar, dengan asakan dan segala tekanan beliau kelihatan sudah berada didalam keadaan yang sangat bersedia.

Bukan hal yang mudah untuk menyesuaikan diri bermain bersama  pasukan baru,segalanya baru dari titik taktikal ia adalah permainan yang luar biasa.”

“Dalam latihan beliau sering memberikan 100%. Kita boleh melihat beliau cepat menyesuaikan diri dan cepat memahami corak serta gaya permainan pasukan. Dia pemain yang kami mahukan dan kini dia milik kami. ”

Minamino membuat kemunculan Reds di pusingan ketiga Piala FA menentang Everton tiga minggu lalu dan dijangka beliau akan turun lagi sebagai pemain utama untuk pusingan keempat di League One side Shrewsbury Town pada hari Ahad nanti.

Walau bagaimanapun, beliau telah bermain lebih lama daripada yang dijangkakan ketika berhadapan Wolves. Dek kerana kecederaan Mane pada awal permainan menyebabkan Klopp telah memasukkan beliau lebih awal dari apa dirancangkan.

“Hal itu menyebabkan kami harus memikirkan apa yang kami lakukan, kerana dia bermain lebih lama ketika menentang Wolves,” katanya.

“Saya perlu melihat bagaimana dia bertindak balas terhadap keamatan permainan dalam perlawanan itu. Saya tidak mengenalinya cukup lama dalam hal ini, tetapi setiap perlawanan akan membantu saya untuk lebih mengenalinya.”

“Apabila anda masuk sebagai pemain baru dalam perlawanan seperti ini, berbekalkan kemahiran sahaja tidak akan mencukupi.”

“Minamino bukan sahaja menunjukkan kemahirannya malahan beliau menunjukkan beliau seorang yang mempunya mentaliti yang baik. Menyerang dengan rakus dan bertahan dengan cemerlang, ianya adalah permulaan yang hebat dari beliau.”

Baca yang lain