Klopp Menganjing Mike Dean Suruh Dia Analisis Insiden Doku Pula

Jurgen Klopp tidak melepaskan peluang untuk menganjing Mike Dean ketika Liverpool dinafikan penalti oleh pengadil.

Dalam satu insiden lewat perlawanan Jeremy Doku bermain dengan kaki tinggi dan terkena Alexis Mac Allister.

VAR telah meninjau semula insiden dan mengesahkan tiada penalti untuk Liverpool yang terlepas peluang untuk menang.

Bekas pengadil EPL, Mike Dean dalam sesi ulasan bersama Sky Sports dan menyatakan bahawa Doku benar benar bernasib baik kerana pengadil tidak memberikan penalti.

Klopp secara sinis memberikan pujian kepada ulasan Mike Dean di siaran penyiar rasmi dan Klopp akan cuba mencari alasan bagaimana itu boleh dianggap bukan penalti.

Klopp yakin 100 peratus itu adalah kesalahan kad kuning dan penalti untuk Liverpool.

Ketika temuramah dengan Sky Sports, Klopp meminta wartawan mereka bertanya sendiri dengan Mike Dean.

“Kamu cari orang yang tepat untuk memberikan komen, seingat saya, bukankah kamu mengupah Mike Dean bekerja untuk Sky? Wah, syabas, itu perlantikan yang sangat baik sebenarnya.

“Dia akan dapat tahu jawapannya, dan semua orang pun. Ianya penalti, untuk semua orang yang tahu bola sepak di dunia ini, itu penalti. Jika kamu anggap itu bukan penalti, bermakna kamu bukan orang yang kenal bola sepak.

Sebenarnya, Klopp mungkin mahu Dean kali ini bersuara. Kerana minggu lalu dia benar benar bersungguh sungguh mengecam gol Darwin Nunez.

Dean berkata: “Dah tentu Nottingham Forest akan rasa sangat kecewa. Jika saya ada kaitan dengan Forest, saya pun akan rasa sedih. Malang sekali hari ini pengadil membuat kesilapan yang sangat mudah,” tegas Dean.

“Saya fikir dia [pengadil] akan tahu pagi ini bahawa dia telah melakukan kesilapan dan berharap dia dapat membetulkannya pada masa hadapan.

“Malangnya bagi Paul [Tierney] ia adalah satu kesilapan dan ia juga buruk, ia jelas membawa kepada gol akhirnya.

“Undang-undang menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai bola apabila permainan berhenti, bola sambungan permainan harus diberikan kepada mereka. Hudson-Odoi jelas memiliki bola dan bola sepatutnya dijatuhkan ke Nottingham Forest di bahagian sayap.

“Saya tahu Liverpool menjaringkan gol bukan secara langsung dari drop ball, ia cukup dekat dua minit selepas drop ball itu, jadi ia adalah skala masa yang besar di antara.”

Baca yang lain