Jurgen Klopp mahukan rematch untuk aksi Liverpool menentang Tottenham Hotspur dalam sudah media yang mengejutkan ramai.
Liverpool kalah 2-1 di tangan Spurs. Dengan terpaksa beraksi dengan 9 pemain selepas Curtis Jones Dan Diogo Jota dibuang padang.
Klopp ditanya tentang pandangannya berkenaan kesilapan pengadil dan VAR yang dianggap mempengaruhi perlawanan antara Spurs dan Liverpool.
PGMOL sudah meminta maaf kepada Liverpool dengan mengesahkan bahawa gol Luis Diaz sepatutnya diberikan. Audio perbualan pengadil dan VAR turut diterbitkan kepada umum.
Perdebatan mengenai kesilapan pengadil yang tidak dapat dibetulkan VAR menurut Klopp harus diselesaikan segera. Dan mungkin rematch adalah penyelesaian terbaik kepadanya.
“Saya rasa hanya rematch sahaja yang boleh menyelesaikan masalah yang berlaku. Walaupun saya tahu ianya tak mungkin berlaku. Kerana tak pernah terjadi sebelum ini.”
“Perdebatan tentang perkara ini akan berlaku, apabila kita membuka pintu kepada pasukan lain pun akan menuntut perkara yang sama.”
🗣️ Jurgen Klopp says Spurs vs. Liverpool should be replayed. “The only outcome should be a replay, but it probably will not happen. The argument against it will be if we open that gate everyone will ask for it.”
🎥 via @footballdaily pic.twitter.com/Cl7K3CI57Z
— Ben Jacobs (@JacobsBen) October 4, 2023
Jurgen Klopp turut tidak berpuas hati dengan kad kuning kepada Jota yang dianggap tidak munasabah kerana pemain itu langsung tak menyentuh kaki lawan.
“Diogo Jota mengutip dua kad kuning sedangkan dia tak menyentuh pun pemain lawan,” kata Klopp yang masih tidak dapat menerima mutu pengadilan yang teruk itu.
Show me where Jota's foot stamps on Udogie's body here? pic.twitter.com/sZTd9MVzS0
— REDFELLAS 🔴 (@Redfellas_) October 2, 2023