Klopp Pelik Soalan Wartawan Ini: “Nak Saya Bawa Dia Bercuti Ke Macamana?”

Seorang wartawan yang hadir ke sidang media rasmi pertandingan eropah sepatutnya sudah membuat kajian tentang pasukan dan soalan yang mereka akan tanya.

Namun satu detik agak memalukan oleh seorang wartawan yang sebenarnya tidak tahu bahawa Jurgen Klopp akan meninggalkan Liverpool akhir musim ini.

Liverpool menang 5-1 ke atas Sparta Praha dalam aksi 16 akhir pusingan pertama di tempat lawan.

Selepas tamat perlawanan, seorang wartawan bertanya sama ada Klopp ada tertarik dengan mana mana bakat di dalam kelab yang mereka lawan.

Beberapa tahun lalu, Klopp pernah membawa masuk Takumi Minamino kerana prestasinya bersama RB Salzburg ketika menentang Liverpool. Dan wartawan itu mahu tahu adakah dia berminat melakukan perkara yang sama.

Wartawan: “Hello, ada tak pemain dari skuad Sparta Praha yang menarik perhatian anda dan anda ingin bawa ke Liverpool.”

Klopp kehairanan dengan soalan itu dan memberikan informasi baharu kepada wartawan tersebut yang mungkin tidak mengetahui tentang perkara itu.

Klopp dengan santai dan berseloroh menjawab: “Saya akan berhenti musim panas ini. Kamu nak saya bawa dia pergi bercuti ke macamana tu?”

Wartawan: “Terima kasih”

Klopp: “Sama sama.”

https://x.com/MikeTyson/status/1765742308929200141?s=20

Sidang media menjadi gegak gempita dengan ketawa wartawan lain yang hadir di situ.

Klopp akan meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini. Ianya selepas 9 musim dia bersama Liverpool. Klopp menyatakan bahawa dia sudah kehilangan tenaga untuk bekerja di Liverpool.

Baca yang lain