Klopp Pernah Mahu Gantikan Mo Salah Dengan Antony

Paul Joyce pernah mempertimbangkan untuk membeli Antony bagi menggantikan Mohamed Salah 2 tahun lalu. Ketika itu Mo Salah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Saudi – menurut Laporan Paul Joyce, The Times.

Mo Salah    menjadi pemain pertama di Eropah yang mencatatkan sepuluh gol dan membantu musim ini selepas impaknya menentang Aston Villa, Raja Mesir itu sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahankan rentaknya pada usia 32 tahun.

Dengan purata gol atau assist setiap 67.5 minit, dia berada dalam prestasi terbaik dalam karier Reds setakat ini – malah dia berada di landasan yang betul untuk menewaskan kadar sumbangan musim sulungnya, di mana dia menjaringkan 44 gol dan 14 assist.

Bagaimanapun, dilaporkan apabila masa depan Salah sebelum ini tidak menentu dua tahun lalu, Klopp mempertimbangkan untuk menggantikannya dengan Antony.

Antony ketika itu menjadi antara pemain terbaik di Eropah bersama dengan Ajax. Menjadi antara penggelecek terbaik di kalangan pemain penyerang sayap.

Namun begitu Liverpool berjaya memujuk Salah untuk melanjutkan kontrak baharu.

Sementara itu, Antony kemudiannya akan menandatangani kontrak dengan Red Devils dengan perpindahan sekitar €100 juta dan sejak itu mempunyai 17 penglibatan gol (gol+assist) dalam 87 penampilan.

Kalaulah Antony benar benar ke Liverpool dan menyertai Klopp dan Mo Salah ke Saudi, adakah pemain Brazil akan lebih baik daripada prestasinya ketika ini?