Jurgen Klopp telah muncul untuk membela Chelsea dengan menegaskan mereka tidal boleh digelar pasukan “bottlejob” dalam perlawanan akhir Piala Carabao menentang Liverpool, sebagaimana ulasan terbuka oleh Gary Neville secara langsung.
Ulasan tersebut dianggap yang paling berani dan lantang dibuat seorang pundit dalam siaran bola sepak secara langsung.
Gary Neville “It’s Klopp’s kids vs the Blue Billionaire bottle jobs” is the bravest TV football commentary on Tory media stating the truth about Chelsea’s crazy financially disastrous transfer spending
pic.twitter.com/9zTSEiQ7oK— Samuel Ng (Justice✝️ for 97) (@samsgyan) February 26, 2024
Pasukan Mauricio Pochettino mendapat kritikan hebat selepas tewas dalam masa tambahan kepada pasukan Liverpool yang menampilkan pemain remaja seperti Bobby Clark, James McConnell dan Jayden Danns.
Bekas kapten Manchester United, Gary Neville melabelkan mereka yang berbelanja besar sebagai “blue billion-pound bottle jobs”, namun Klopp tidak bersetuju dengan penilaian itu.
Bottle jobs atau bottling ni adalah perumpamaan digunakan oleh orang Inggeris untuk merujuk kepada seseorang atau sebuah pasukan itu mempersia siakan peluang untuk mencapai kejayaan pada saat akhir. Atau boleh juga disebut sebagai harapan palsu.
Klopp kecewa dengan label yang diberikan oleh Neville kepada Chelsea. Kerana menurutnya Chelsea tampil dengan sangat baik dalam final tersebut.
Sambil Klopp berkongsi tentang pengalamannya sendiri apabila dikalahkan di final – termasuk tiga final pertamanya bersama Liverpool dan final Liga Juara-Juara 2013 bersama Borussia Dortmund – untuk membela Chelsea.
Dia berkata: “Saya faham bahawa orang ramai perlu bercakap mengenainya, tetapi saya berada di kerusi lain juga, pernah tewas pada perlawanan akhir. Dan orang ramai mengatakan banyak perkara tentang anda yang anda tidak suka dengar.
“Dalam kes saya, ada yang benar, ada yang tidak benar, hanya meneka apa yang mungkin berlaku.
“Saya yang tahu bagaimana rasanya kalah lima atau enam perlawanan akhir berturut-turut. Saya boleh bayangkan bagaimana keadaan Chelsea, semua orang memberitahu anda, ‘apa perasaan anda kalah dalam lima perlawanan terakhir dan itu adalah rekod baharu.’ Ia tidak bagus saya benar-benar memahami perasaan mereka.
“Mereka tidak sepatutnya menanggung semua kesalahan [kerana] mereka bermain permainan bola sepak yang sangat bagus, dalam perlawanan akhir di mana tiada siapa bermain bola sepak terbaik [pada final] lebih daripada mereka.
“Anda hanya perlu menewaskan pihak lawan, dan itulah yang kami lakukan.
“Sebab itu perkara ‘bottling’ ini sebenarnya tiada dalam kamus saya. Saya benar-benar tidak memahaminya. Mereka sangat menginginkannya dan tidak mendapatnya, dan saya melihat di wajah pemain dan Poch selepas perlawanan, saya melihat mereka berasa sangat kecewa.
Jurgen Klopp defends Mauricio Pochettino and Chelsea from Gary Neville’s ‘bottle jobs’ taghttps://t.co/8Hxb5oLGMJ
— The Independent (@Independent) February 27, 2024
“Saya tidak fikir sesiapa berhak merasakan perasaan seperti ini tetapi di peringkat final maka ia adalah seperti itu, yang satu berasa seperti itu dan yang lain lebih gembira. Rumit, tetapi ia adalah dunia yang kita duduki.”