Jurgen Klopp mengakui dia terkejut dengan jumlah gol berkelas dunia dalam kemenangan 4-3 Liverpool ke atas Fulham, termasuk gol yang dianggap Klopp paling “penting” dari Wataru Endo yang masuk sebagai pemain gantian.
Gol Endo itu berlaku pada ketika Liverpool tertekan ketinggalan. Namun gol itu menaikkan semula keyakinan pemain. Lagipun ianya tidak dilakukan terlalu lewat.
Endo’s goal is brilliant hahahapic.twitter.com/o4m6ZO8EG7
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) December 3, 2023
Dalam beberapa minit selepas sepakan percuma Trent Alexander-Arnold memaksa gol sendiri dari Bernd Leno, Liverpool kelihatan berkemungkinan melakar kemenangan ke atas Fulham.
Tetapi sebaliknya, mereka seolah olah sengaja carai masalah dengan akhirnya ketinggalan 3-2 apabila Bobby De Cordova-Reid menanduk masuk lewat perlawanan.
Peminat Fulham kelihatan sudah yakin mereka akan membawa setidak tidaknya 1 mata daripada Anfield, dan pastinya mereka yakin bahawa mereka boleh mendapat 3 mata daripada Anfield.
Namun Endo melakukan gol berkelas dunia untuk memastikan Liverpool menyamakan kedudukan 3-3. Tidak lama kemudian Alexander-Arnold mengesahkan tiga mata, dengan kesemua empat gol untuk Liverpool – yang mana gol Alexis Mac Allister adalah yang paling menyerlah – berkualiti tinggi.
“Saya telah melihat beberapa perlawanan, saya tidak pernah melihat perlawanan dengan jumlah gol berkelas dunia sebanyak ini, sejujurnya,” kata Klopp kepada pemberita selepas perlawanan.
“Maksud saya permainan kompetitif. Ia benar-benar kompetitif.”
Ketika pengurus itu memuji keempat empat gol menakjubkan daripada pasukannya, dia memberikan pujian khas untuk Endo, yang pengenalannya pada minit ke-83 telah mengubah keadaan.
“Tendangan percuma Trent, sukar dipercayai,” sambungnya.
“Macca [McAllister], sebelum perlawanan anda dapat lihat kakinya pada kedudukan sangat baik hari ini, dia benar-benar melakukan percubaan itu dan saya seperti ‘wow, lebih baik anda mencubanya’. Dia fikir benda yang sama!”
“Wata sangat penting. Dia masuk, eh? Itu sangat bagus, sangat bagus. Memenangi cabaran yang menentukan, hantaran super, gol kelas dunia.”
“Kemudian Trent menjadikannya sah milik kita. Sejujurnya, atas sebab apa pun saya tidak nampak bola itu masuk. Saya mungkin berpaling pada saat itu atau apa sahaja.
“Saya tidak menontonnya kembali, tetapi semuanya cukup istimewa.”