Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp turut berduka atas apa yang berlaku keatas pasukan Manchester City dan bersimpati dengan rakan sejawatannya Pep Guardiola.
Beliau menyatakan simpati ke atas City sebaik sahaja tamat aksi Liverpool vs Norwich.
Di mana gol tunggal Sadio Mane memberikan kemenangan kepada The Reds di Carrow Road.
Manchester City telah diharamkan dari menyertai Liga Juara-Juara selama dua tahun selepas melanggar peraturan permainan kewangan UEFA.
Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp telah menyatakan simpati kepada Pep Guardiola dan pemainnya mengenai larangan Manchester City untuk menyertai Liga Juara-Juara selama dua musim.
I really love the fact that Jürgen Klopp represents Liverpool Football club.
This could’ve been a great opportunity to be petty and sling mud on Man City but he goes on to defend Pep and his players. You’d love to see it.
My manager 👏🏻👏🏻👏🏻pic.twitter.com/7IxitxU0jO
— LFC 360 (@LFC_360) February 15, 2020
City telah diharamkan dari menyertai Liga Juara-Juara selama dua musim, City juga telah didenda £ 25 juta setelah didapati bersalah melakukan pelanggaran serius terhadap peraturan pelesenan kelab UEFA dan Financial Fair Play / FFP
Finalis Piala Carabao itu kemudiannya, mengumumkan bahawa mereka akan merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan ataupun CAS untuk mempertimbangkan semula hukuman itu.
Klopp mendedahkan apa yang bermain di fikiran beliau ketika mengatahui hal berkaitan Manchester City ini.
Klopp on Man City’s UEFA ban, speaking after #LFC have gone 25 points clear 🎥🔴
WATCH: https://t.co/bPBl1hdyOw pic.twitter.com/68tOOmZU4c
— Kai Delaney (@Kai_Delaney) February 15, 2020
“Sejujurnya, saya dapat merasakan apa yang pep dan para pemain mereka rasakan.”
“Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, mereka hanya bermain bola sepak dan sentiasa memberikan yang terbaik”.
“Dimanapun Pep, dia telah membantu setiap liga untuk memperbaiki bola sepak mereka”.
“Namun walau bagaimana sekali pun, kita semua harus menghormati peraturan. Saya tidak tahu sama ada mereka (City) melakukan atau tidak, tetapi UEFA melihatnya seperti apa yang mereka dakwa. Kita perlu tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku nanti”.
Klopp on Man City's European ban:
"I am a football coach, and I can only speak about football.
"What Pep and Man City did since I was in England is exceptional. All the rest, I have no idea what happened or who did what.
— This Is Anfield (@thisisanfield) February 15, 2020
Begitulah kata klopp ketika mendedahkan apa yang beliau fikir tentang isu ini. Menurutnya lagi
“Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu berita ini. Saya mengatahui hal ini dari seseorang yang menghantar berita ini kepada saya.”
“Saya tidak tahu apa-apa tentang hal-hal seperti ini, tetapi apa yang saya boleh katakan sebagai jurulatih bola sepak adalah. Man City di bawah kendalian Pep Guardiola bermain dengan sangat baik.”
“Saya sentiasa mengagumi apa yang mereka tunjukkan dan apa yang Pep lakukan. Dan tahap kekaguman Itu tidak akan berakhir setakat disini sahaja.”
“Saya boleh bayangkan betapa sukarnya buat mereka-mereka yang terlibat dengan pasukan Manchester City.”
“Anda boleh mempercayai City, mereka memberitahu anda semuanya dalam keadaan baik dan terkawal, kemudian UEFA mendakwa melihatnya sedikit berbeza. Kini mereka perlu berurusan dengannya. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.”
🗣 Klopp on Man City’s Champions League ban: "It was a shock. Complete wow. The only thing I can say is about football.
"What they have done on the football pitch is exceptional. The rest, I don't know. You believe the people you work with, that's how it is." pic.twitter.com/GEeIacb13n
— Goal (@goal) February 15, 2020
“Saya melihat beberapa perkara yang dikatakan, saya bayangkan City akan merayu dan saya bayangkan lebih banyak perkara akan berlaku kerana lebih banyak maklumat akan keluar.”
Begitulah kata-kata Klopp tentang hal ini dan beliau jelas memberi sokongan kepada Manchester City terutama rakan sejawatannya Pep Guardiola.