Bos Liverpool, Jurgen Klopp tidak gembira dengan sikap beberapa pemain di atas padang ketika aksi berhadapan dengan Chelsea.
Di mana mereka seolah olah tidak mengendahkan kehadiran Takumi Minamino di atas padang. Pemain antarabangsa Jepun itu sangat sukar nak dapat bola daripada pemain pemain lain.
Minamino diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan dalam aksi berhadapan dengan Chelsea. Jelas sekali Klopp mahu menjadikan pemain itu sebagai penghubung utama kepada pemain serangan dan tengah.
Selain itu, ia juga untuk meningkatkan lagi persefahaman Minamino dengan pemain pemain lain yang sudah lama bermain dalam sistem Klopp.
Apa yang berlaku amat mengecewakan Klopp.
“Takumi bermain dengan sangat baik. Kita sepatutnya gunakan beliau lebih banyak ketika di atas padang.”
“Jika Neco Williams membukan matanya untuk melihat dia sekali atau dua, Minamino sangat bebas di luar kotak penalti. ”
“Neco lebih banyak melakukan hantaran lintang, lebih kurang macam tu lah. Jika dia melihat kedudukan Minamino dengan lebih baik, ia akan lagi membantu pasukan.”
Klopp tidak rasa kekalahan di tangan Chelsea akan memberikan impak kepada kempen Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara – Juara Eropah.
“Kami semua kecewa dengan aksi menentang Chelsea. Namun perlawanan ini tiada kaitan dengan Liga Perdana Inggeris ataupun Liga Juara Juara Eropah.”
“Kita ada beberapa hari lagi untuk perlawanan menentang Bournemouth pada 12.30. Kita kena bersedia.”
Watching Minamino live was interesting. His movement is actually very good – but perhaps his team-mates are not yet used to his runs. Slowed down late on, but Klopp liked what he saw 🔴🇯🇵 https://t.co/PYr8Bd7MPC
— Empire of the Kop (@empireofthekop) March 4, 2020
Chelsea singkir Liverpool dari Piala FA
Liverpool berhadapan dengan Chelsea dalam aksi pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge.
Liverpool bermula dengan tempo agak sederhana.
Adrian berjaya menafikan rembatan awal oleh Willian dengan sangat cemerlang sekali.
Namun selepas itu Adrian melakukan keeper error yang gagal menghadang rembatan deras Willian.
Gol itu berpunca daripada high press Chelsea yang berjaya menekan Liverpool. Fabinho tergelincir. Lalu Willian mengambil kesempatan.
TOO HOT TO HANDLE 🔥#UndertheLights #CHELIV pic.twitter.com/h1E1n47oOM
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 3, 2020
Liverpool memiliki peluang terbaik juga pada separuh masa pertama. Namun Kepa Arrizabalaga lakukan world class save Menafikan percubaan Mane dan Origi.
KEPA SAVES 👏
KEPA SAVES 😳
KEPA SAVES 🤯#UndertheLights #CHELIV pic.twitter.com/RBIedbfnoS— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 3, 2020
Separuh masa kedua Liverpool memperbaiki tempo permainan mereka. Dan ada mencipta beberapa peluang gol pada awal separuh masa kedua. Malang sekali tiada connection di antara hantaran dengan rakan.
Chelsea menambah satu lagi gol menerusi Ross Barkley selepas Liverpool hilang bola di tengah.
Barkley Berlari pantas dan deras lalu melakukan percubaan yang sangat deras menewaskan Adrian.
Incredible, @RBarkley8 👏#EmiratesFACup #CHELIV pic.twitter.com/KLlbKsaOFz
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 3, 2020
Liverpool menguasai bola namun sangat sedikit impak di final third.
Pedro mendapat peluang satu lawan satu selepas kesilapan Neco Williams dan Joe Gomez.
Kali ini Adrian cemerlang menghadang rembatan deras itu dengan kakinya.
Mason Mount melakukan sepakan percuma cantik yang terkena palang gol. Bergetar palang gol.
Giroud datang dengan ancaman beliau selepas itu. Tetapi rembatannya terkena tiang. Hampir sahaja Chelsea membunuh perlawanan ini dengan gol ketiga.
Jurgen Klopp memasukkan Milner, Firmino dan diikuti Mohamed Salah untuk menyelamatkan kempen mereka.
Mason Mount sekali lagi mendapat peluang. Namun beliau agak tamak. Kerana boleh sahaja dia hulurkan bola kepada Giroud.