Klopp Tidak Berminat Jawatan Pengurus Jerman

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp antara nama yang dicalonkan untuk mengisi jawatan pengurus baharu Jerman.

Ini berikutan pemecatan Hansi Flick baru baru ini.

Calon utama ketika ini ialah Julian Nagelsmann. Dengan Bayern Munich sedia melepaskan pengurus itu secara percuma ke pejabat DFB.

Namun Nagelsmann masih belum memberikan sebarang bayangan dia sudah bersedia dengan jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan.

Nagelsmann masih tidak ada jawatan pada masa ini selepas dipecat oleh Bayern dan digantikan dengan Thomas Tuchel.

Tetapi Bayern masih ada hak ke atas pengurus itu yang masih ada kontrak dengan pasukan itu.

Musim panas lalu, PSG pernah berunding dengan Nagelsmann, dan kelab Perancis itu dikatakan terkejut apabila Bayern meminta yuran perpindahan €15 juta daripada kelab Perancis itu.

Rundingan dengan PSG tidak dapat diteruskan, bukan sahaja PSG keberatan membayar angka €15 juta, Nagelsmann sendiri tidak yakin dia orang yang tepat menjadi pengurus PSG kerana dia tidak dijanjikan kuasa penuh sebagai pengurus untuk beberapa perkara.

Klopp sudah lama dalam radar DFB. Sebelum dia menyertai Liverpool lagi. Falsafah bola sepak dan pengurusan pasukan yang cemerlang oleh Klopp dianggap sesuai dengan Jerman.

Selain Klopp ada beberapa nama lain dalam senarai termasuk Matthias Sammer.

Bagi pihak Klopp, ejen kepada pengurus itu, Mark Kosicke sudah menyatakan bahawa Klopp tidak berminat dengan jawatan tersebut.

Dan Klopp komited dengan projek jangka panjang di Liverpool seperti mana yang dia dan kelab persetujui sebelum ini.

Klopp kini dalam proses membina semula Liverpool selepas dia sendiri mengakui kitaran pasukan legenda Liverpool eranya sebelum ini sudah berakhir.

Klopp sudah membawa masuk beberapa muka baharu mengisi bahagian tengah terutamanya. Termasuk Dominik Szoboszlai, Wataru Endo, Alexis Mac Allister dan Ryan Gravenberch.

Baca yang lain