Jurulatih baharu Indonesia, Patrick Kluivert yakin bahawa Indonesia boleh layak ke Piala Dunia 2026.
Kluivert yang merupakan legenda Belanda dan Ajax, rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih Indonesia hari ini.
Dia menegaskan bahawa dia sudah tidak sabar untuk memulakan tugasannya bersama Indonesia. Dilaporkan Kluivert setuju dengan kontrak 2 tahun tetap dan dua tahun lagi tambahan yang merupakan pilihan.
Kluivert menganggap tidak sukar untuk dia membuat keputusan menerima tawaran PSSI. Kerana dia melihat potensi besar dimiliki Indonesia. Terutama sekali negara Indonesia memiliki kira kira 300 juta rakyat.
Kemudian, bola sepak adalah sukan utama di negara tersebut, rakyatnya benar benar sukakan bola sepak.
🚨🇮🇩 Official, story confirmed. Indonesia have appointed Patrick Kluivert as their new national team head coach.
Two year contract plus two year option. pic.twitter.com/F8McBeL5TK
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 8, 2025
Dipetik daripada laman Okezone, Kluivert berkata: “Saya sebenarnya terus bersemangat ketika dikaitkan dengan Indonesia. Ini kerana potensi negara ini yang sangat besar.
“Indonesia ada 300 juta penduduk, ramai yang menyukai bola sepak,” tegas ketua jurulatih Garuda yang baharu itu.
Indonesia sebelum ini memecat Shin Tae Yong. Ada dua perkara yang digariskan PSSI dalam keputusan mereka memecat pengurus asal Korea Selatan itu.
Pertamanya adalah konsistensi dan kedua adalah komunikasi. Dengan lambakan pemain berketurunan Belanda-Indonesia di dalam skuad kebangsaan mereka, maka pemilihan jurulatih berkualiti dari Belanda dianggap pilihan terbaik oleh PSSI.
Presiden PSSI, Erick Thohir sendiri sudah membayangkan ada 3 calon yang berada dalam senarai mereka. Dan ketika itu dia tidak menolak bahawa rata rata calon tersebut adalah dari Belanda terutama sekali nama Patrick Kluivert.
Akhirnya PSSI menamatkan spekulasi dengan mengumumkan bahawa Patrick Kluivert rasmi menjadi jurulatih baharu mereka.
selamat bergabung coach Patrick
— ruang lifehack (@risesknight121) January 8, 2025
Kluivert juga sedar bahawa dia kini dipertanggungjawabkan untuk membantu Indonesia melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026.
Ketika ini Indonesia berada di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
“Kita [Indonesia] ada peluang untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Amerika Syarikat – Kanada – Mexico,” tegas Kluivert lagi.
Indonesia memerlukan kemenangan dalam kesemua baki perlawanan mereka untuk menjamin tempat mereka dalam pusingan kelayakan seterusnya.
Indonesia masih ada baki perlawanan menentang Australia, Bahrain, China dan Jepun.
Ketika ini Indonesia di kedudukan tangga ketiga kumpulan C dengan 6 mata, hasil 1 kemenangan dan 3 seri.
Mereka hanya dibezakan dengan 1 mata daripada pasukan di tangga kedua iaitu Australia.
Tugasan pertama Kluivert adalah pada Mac akan datang dengan Australia dan Jepun akan menjadi lawan Indonesia pada masa itu.
Indonesia semakin meningkat naik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka bangkit daripada isu bola sepak yang melanda mereka beberapa tahun lalu. Dan kini sedang mengorak langkah menjadi kuasa baharu bola sepak di Asia Tenggara.
Program pembangunan dan penjejakan bakat oleh PSSI di bawah Erick Thohir membuatkan Indonesia kini benar benar di kelas tersendiri.
Mereka bersaing dengan pasukan elit asia yang lain dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan setakat ini telah membuktikan bahawa mereka mampu memberikan persaingan sangat sengit.
Kehadiran Kluivert diharap akan dapat membantu meningkatkan lagi mutu permainan Indonesia dan meningkatkan lagi ranking mereka di dalam carta ranking antarabangsa FIFA.
Ketika bergelar pemain, Kluivert bukannya calang calang penyerang. Dia dianggap natural finisher yang digeruni pada eranya.
Dia menikmati karier yang hebat di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan secara peribadi.
Happy Birthday Patrick Kluivert!pic.twitter.com/Fh6LkNNS8p
— 90s Football (@90sfootball) July 1, 2024
Dia pernah bersama dengan Ajax, AC Milan, Barcelona, dan beberapa kelab lain seperti Newcastle dan Valencia. Dia menjaringkan 189 gol untuk kelab dan negaranya.