Kobbie Mainoo dilaporkan sedia menolak tawaran kontrak baharu daripada Manchester United dan meninggalkan kelab itu.
Pemain remaja Manchester United itu malah sedia mempertimbangkan untuk menyertai kelab di luar England.
Dia menarik perhatian banyak kelab elit di Eropah. Pada usianya yang sangat muda, Mainoo sudah menjadi pemain kebangsaan 3 Lions.
https://twiitter.com/eurofootcom/status/1898067727907983434
Kobbie Mainoo graduasi dari akademi Carrington dan diberikan debut senior pada 2023 pada usianya ketika itu masih 17 tahun.
Ketika ini nilai pasaran Kobbie Mainoo dianggarkan sekitar £70 juta,
Dia menerima £20 ribu seminggu dalam kontrak yang dia lanjutkan tahun lalu.
Man United menawarkan kontrak lanjutan untuk pemain itu dan cuba meyakinkannya bahawa United adalah kelab yang terbaik untuknya.
Namun buat masa ini kedua dua pihak dikatakan sangat jauh daripada kata sepakat.
Ejen Mainoo berpendapat bahawa pemain itu berhak mendapat £180 ribu seminggu pada ketika ini.
Ruben Amorim menggelarkan Mainoo sebagai pemain muda berpotensi sangat besar. Dan Amorim benar benar mahu pemain itu dalam projeknya untuk jangka panjang.
The Guardian melaporkan bahawa tiada lagi sebarang kelab lain yang berhubung dengan pemain itu atau menyatakan minat mereka kepada Man United.
Tetapi ejennya yakin pemain itu tidak akan ada masalah untuk mencari kelab baharu jika United tidak mahu menuruti syarat mereka.
Man United ketika ini dalam langkah penjimatan. Kelab turut cuba mengawal gaji pemain yang telah menjadi beban yang kritikal di United sejak berakhirnya era Sir Alex Ferguson.