Kobbie Maino Hasilkan Gol Solo Sensasi Untuk Kemenangan United Masa Kecederaan

Kobbie Mainoo menjadi wira kemenangan pasukannya ketika berkunjung ke Molineux. United kembali menerima kehadiran Andre Onana  di gawang mereka.

Perlawanan ini ternyata sangat dramatik. Dengan Wolves berjaya mengejar Man United untuk menjaringkan gol penyamaan 3-3 pada masa kecederaan.

Kira kira seminit selepas itu Mainoo mendiamkan Molineux dengan gol solo yang cantik untuk meletakkan United di hadapan sekali.

Pemain berusia 18 tahun itu sebelum ini menjadi bidan terjun setelah kelab dilanda krisis kecederaan. Sejak dia diberikan kepercayaan, Mainoo antara pemain yang sangat konsisten dan menunjukkan kematangan yang luar biasa.

Manchester United mendahului 2 gol pada awal 22 minit pertama permainan. Menerusi gol pembukaan minit ke-5 Marcus Rashford dan gol minit ke-22 oleh Rasmus Hojlund.

Wolves merapatkan jurang gol menerusi penalti oleh Sarabia minit ke-72.

Kira kira 3 minit kemudian, Scott McTominay meletakkan pasukannya dua gol sekali lagi di hadapan.

McTominay sepatutnya membunuh perlawanan dengan peluang di hadapan gol. Namun penjaga gol Wolves melakukan save dari point blank.

Pengadil memberikan 9 minit masa kecederaan. Dan kemudian Wolves melakukan serangan balas yang berjaya menyamakan kedudukan 3-3 minit ke-90+5.

Erik Ten Hag sendiri kelihatan tergamam di tepi padang merasakan bahawa pasukannya mungkin baru sahaja melepaskan peluang besar untuk menang.

Selepas perlawanan disambung semula, Man United menyerang ke kubu Wolves. Kobbie Maino menari nari di antara pemain pemain pertahanan Wolves sebelum dia melepaskan rembatan lencong rendah yang terus masuk.

Euforia keraian Man United! Dengan pemain pemain termasuk yang di bangku simpanan kegirangan meraikannya.

Gol itu sangat luar biasa, dengan mengambil kira Mainoo masih pemain remaja, dengan tekanan daripada situasi mereka dikejar daripada kedudukan 3-1 menjadi 3-3. Namun pemain itu masih sangat tenang mengawal bola di ruang sempit dengan ramai pemain di sekelilingnya

Dan tak lupa teknik sepakan yang hebat menghasilkan rembatan yang baik menggunakan pemain pertahanan lawan sebagai ‘shield’ untuk dia melindungi visi keeper agar tidak melihat bola lebih awal. Itulah erti detik itu.

Wolves tidak berdaya membalas gol itu dan Man United menang 4-3 dari tempat lawan.

Kemenangan yang meletakkan United naik ke tangga ketujuh memintas Newcastle.

Saksikan rangkuman aksi di sini je pun: