Koeman Arahkan Dest Main Peranan Messi Kemudian Kecam Pemain Itu Sebab Tumpul

Biasanya pengurus akan bertanggungjawab di atas keputusan drastik yang mereka buat seperti menukar pemain pertahanan menjadi penyerang.

Dalam aksi el clasico semalam, Ronald Koeman telah cuba menguji kemampuan kegeniusan taktikalnya dengan mengarahkan pemain bek sisi Sergino Dest bermain peranan wing kanan.

Peranan yang sebelum ini dimainkan oleh Lionel Messi dalam sistem 4-3-3 terutama sekali era MSN dulu.

Ianya mengejutkan ramai. Kalau fullback bermain sebagai wingback atau rigt midfielder klasik, mungkin ok lagi. Tapi fullback skip terus ke wing attacker ianya tugas berat buat Dest.

Barcelona kalah 1-2 di tangan Real Madrid dalam aksi yang ditentukan dengan drama lewat perlawanan.

Koeman kemudian mengecam Sergino Dest yang menurutnya menjadi salah satu punca Barcelona kalah. Ini kerana Dest gagal menyempurnakan peluang terbuka, hanya beberapa minit sebelum gol pembukaan David Alaba.

Menurut Koeman, keadaan pasti berbeza kalau Dest berjaya menyempurnakan peluang itu. Koeman bercakap seolah olah Dest adalah pemain penyerang.

Lucas Vasquez menjadikan kedudukan 2-0 pada masa kecederaan 90+3′. Aguero membuka akaun gol beliau bersama Barcelona dengan gol saguhati lewat perlawanan pada minit ke-90+7.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Koeman mengkritik pemain pertahanan dari Amerika Syarikat itu kerana tidak meletakkan pasukannya 1-0 di hadapan.

Dest melambungkan bola ke langit, setelah menerima hantran cantik Depay.

Koeman berkata: “Itu peluang gol terbuka kot, dan tidak lama selepas tu Madrid pula mendahului, harey tul la.”

“Perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang sangat berbeza kalau dia skor tadi dan kami di hadapan. Kamu tak boleh mempersiakan peluang terbaik seperti itu.”

Walaupun dia kurang berpuas hati dengan Dest, Koeman tetap berpuas hati dengan prestasi pasukannya secara keseluruhannya kerana menurutnya banyak benda yang positif.

“Ya saya tak puas hati dengan keputusan ini, tapi pasukan kami berjuang sehingga ke saat akhir.”

Dan akhirnya Koeman mengakui sebenarnya pasukannya kurang kreatif.

“Kami tak mencipta peluang gol yang bagus dengan lebih banyak.”

“Perlawanan ini seimbang sebenarnya, cuma ada beberapa perbezaan kecil yang menjadi kunci penting kepada penentu siapa akan menang.”

“Sebenarnya, sangat sukar kalau nak cari benda positif daripada kekalahan di kandang sendiri, eh tersasul pula tercakap Indonesia, di halaman sendiri di tangan Real Madrid. Namun saya sangat kagum dengan sikap pemain dan penyokong kami hari ini.”

“Lepas ni ada perlawanan lagi pada Rabu. Musim ini masih panjang kot, kami akan berjuang.”

Selepas kekalahan itu, ketika artikel ini ditulis pada 3 pagi, Barca berada di tangga kelapan. Kini Koeman dalam tekanan. Barcelona sebelum ini malah dilaporkan sudah menyenaraikan beberapa calon penggantinya termasuk Antonio Conte dan Roberto Martinez.

Tetapi Koeman sudah mengesahkan bahawa BOD Barca masih berdiri di belakangnya dan mengingatkan penyokong Barca bahawa, kalau tak kerana dia, Barca akan berada di kedudukan lebih teruk.

Baca yang lain