Ronald Koeman kecewa dengan tindakan Steven Bergwijn yang memilih untuk ke Arab Saudi. Menurut beliau tindakan pemain itu bermakna buku pasukan Belanda untuknya sudah ditutup.
Ini bukan pertama kali pengurus itu mengingatkan pemain pemain Belanda di bawah eranya, bahawa mereka tidak akan dipanggil ke skuad kebangsaan jika mereka ke liga seperti liga Saudi.
Bergwijn menyertai Al Ittihad dari Ajax dalam jendela perpindahan lalu. Menurut Koeman tindakan itu menggambarkan pemain tersebut tidak ada cita citak kesukanan dalam diri pemain. Dan dia tak layak untuk bermain untuk Belanda.
Meninggalkan liga di Eropah untuk liga di Arab Saudi dianggap satu downgrade yang sangat teruk untuk pemain seperti Bergwijn menurut Koeman.
“Apabila dia memutuskan untuk ke Arab Saudi, maka buku oren sudah tertutup untuknya,” rumus pengurus itu dengan tegas.
Ditanya tentang bagaimana pula dengan Gini Wijnaldum yang sebelum ini turut bermain di Arab Saudi namun tetap dipanggil untuk Belanda. Koeman menjelaskan: “Biar betul kamu nak bandingkan situasi tersebut? Ianya tidak sama, dan saya tak rasa kamu harus membandingkan dua situasi tersebut.
“Gini ke sana kerana situasi dia di PSG yang mendesak, dan dia terpaksa ke sana, lagipun ketika dia pergi ke Arab Saudi, usianya sudah jauh lebih tua berbanding Bergwijn sekarang. Dalam kes Steven Bergwijn, dia baru 26 tahun. Dia tidak menunjukkan cita cita kesukanan dalam dirinya. Inilah perkara utama di sini,” tegas pengurus itu.
Koeman juga menyatakan bahawa dia dan Bergwijn tidak perlu bercakap atau berunding. Kerana prinsipnya tetap sama, pemain yang pergi ke liga dianggap tidak setaraf dengan liga di Eropah, mereka akan disisihkan daripada skuad kebangsaan.
Lagipun Koeman yakin Bergwijn sendiri dah tahu apa jawapan pengurus itu jika dia cuba bercakap tentangnya.
“Dia dah tahu jawapan saya, jika dia tanya. Pada usia dia, sepatutnya dia tidak mengambil haluan tersebut. Namun saya tetap menghormati keputusannya mahu ke Arab Saudi,” Ronald Koeman berkata kepada wartawan.