Kolaborasi Didi & Friends x Juzzthin Dan Waris Raih Lebih 3.5 Juta Tontonan

Minggu lalu netizen teruja mendengar Mengantuknya Mumia yang setakat ini hampir meraih 7 juta tontonan di YouTube setakat 13 November 2019.

Malah lagu tersebut menjadi tular di kalangan netizen terutamanya di Twitter.

Lagu tersebut dikatkan sangat sedap di telinga, malah orang dewasa pun layan. Anda bolehlah cuba layan di sini dengan anak-anak.

Anda juga bakal mendengar versi Bahasa Inggeris yang baru dikeluarkan.

Satu lagi baru dikeluarkan produksi Didi & Friends menampilkan kolaborasi dengan rappers terkenal tanah air iaitu Juzzthin dan Waris.

Waris dan Juzzthin sebelum ini sudah beberapa kali berkolaborasi. Termasuk kolaborasi dengan Mas Idayu serta Amyra Rosli dalam lagu yang catchy.

Namun kali ini, mereka berkolaborasi dengan Didi, Nana dan Jojo.

Lagu yang diberikan judul Siapakah Juara itu setakat ini telah meraih lebih 3.5 juta tontonan di YouTube setakat ini.

Selain daripada 2 lagu di atas ini, lagu Goyang-Goyang Zombie turut mendapat sambutan hangat dengan 6.7 juta tontonan di YouTube setakat ini. Ianya dumuat naik pada sebulan yang lalu.

Tahniah kepada produksi Didi & Friends. Dan diharap terus suskses.

Baca yang lain