Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Dari Kelab EPL

Hari ini umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah puasa mereka, walaupun hanya di sebilangan kecil tempat sahaja yang mungkin tidak sama. Bola sepak merupakan sukan nombor 1 di dunia dan diikuti oleh peminat dari berbilang bangsa dan agama.

Lalu kelab kelab besar di EPL telah mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan kepada semua yang melaksanakan ibadat tersebut.

Berikut adalah beberapa kompilasi yang sempat dirembat:

Manchester United adalah kelab yang paling berperngaruh di media sosial dengan jumlah pengikut mereka yang sangat ramai. United sangat diminati di seluruh dunia termasuk di negara negara Islam besar seperti Indonesia.

Antara pemain beragama Islam yang berpuasa di United ialah Paul Pogba.

Arsenal turut tidak ketinggalan untuk mengucapka selamat berpuasa kepada peminat mereka. Granit Xhaka dan Elneny pastinya antara bintang yang gembira menyambut ramadan.

Chelsea memilih rona biru pada kad ucapan mereka. Rudiger, N’golo Kante,  dan Kurt Zouma antara yang menunaikan ibadat puasa di Chelsea.

Kelab yang menjadi kuat kerana pemilikan Pak Arab ini memang tidak asing bagi peminat beragama Islam. Manchester City juga memiliki pemain beragama Islam seperti Riyad Mahrez, Ilkay Gundogan dan Benjamin Mendy.

Pasukan yang memang dikenali dengan bintang beragama Islam iaitu Liverpool turut mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam.

Mohamed Salah dianggap bintang beragama Islam paling berperngaruh di dunia pada ketika ini. Gandingan Mohamed Salah dan Sadio Mane serta Xherdan Shaqiri  antara yang menjadi penting Liverpool memenangi UCL dan menamatkan kemarau kejuaraan EPL musim lalu.

Selain Salah, Mane dan Shaqiri, pemain seperti Naby Keita juga berpuasa.

 

Satu lagi kad ucapan selamat berpuasa adalah dari Spurs yang menggunakan tema pemain tersenyum riang.

Serge Aurier, dan Moussa Sissoko berpuasa bersama dengan yang lain di seluruh dunia. Harap tak yak yak yei la kan..

Itulah antara kad ucapan puasa di media sosial oleh kelab kelab Inggeris.

Baca yang lain

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali

Everton Dikembalikan Semula 4 Mata

EFL atau Liga Bola Sepak Inggeris telah memutuskan untuk meringankan hukuman pemotongan mata ke atas Everton. Ini selepas kelab Merseyside itu membuat