Kolum Taktikal: Manchester United Kini ‘Raja’ Gegenpressing Atasi City, Arsenal Dan Liverpool

Satu analisis telah dibuat tentang gegenpressing atau bahasa universalnya counterpressing dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 2022/23.

Apa itu counterpressing? Ianya adalah momen di mana pemain terus menekan lawan mereka sebaik sahaja mereka kehilangan bola di kawasan lawan.

Ianya dilakukan dengan intensiti dan tekanan di high line.

Counterpressing sangat sinonim dengan Marcelo Bielsa, Pep Guardiola dan Jurgen Klopp. Terdapat pelbagai variasi counterpressing, namun asasnya ia adalah aktiviti memenangi bola segera di kawasan lawan setelah kehilangannya.

VIDEO: Lihat Gegenpressing Merecik Pasukan Bielsa – Leeds United

Ianya berbeza dengan sistem klasik di mana apabila pasukan itu hilang bola mereka akan turun secara berpasukan untuk membentuk unit pertahanan di bawah atau drop deep.

Dan kini dua pengurus baharu, Mikel Arteta dan Erik Ten Hag mulai memasuki gelanggang persaingan untuk menjadikan EPL sebagai tempat pertarungan counterpressing.

Lihat rajah di bawah ini:

Manchester United yang sebelum ini dikaitkan dengan taktikal park the bus di bawah Jose Mourinho dan pendekatan pragmatik di bawah Ole Gunnar Solskjaer benar benar sudah berubah wajah.

Mereka menjadi pasukan paling sukses melakukan counterpressing dalam 90 minit. Satu satunya pasukan di atas purata 29% counterpessing berjaya mereka lakukan setiap perlawanan.

Ianya merujuk kepada kejayaan counterpressing dalam merampas bola kembali daripada lawan.

Kedua adalah Manchester City, diikuti oleh Arsenal, Chelsea dan Liverpool.

Ada 5 pasukan paling rendah kejayaan aktiviti counterpressing mereka di bawah 20 per perlawanan iaitu Bournemouth, Wolves, Nottingham Forest, Crystal Palace dan West Ham United.

Namun dari segi cetusan ancaman daripada counterpressing yang terus mencetuskan ancaman gol. Liverpool masih lagi pasukan pakar dalam perkara itu.

Mereka adalah pasukan paling tinggi ancaman ke arah gol daripada counterpressing.

Ada 3 pasukan dengan impak paling tinggi daripada counterpressing, di mana kejayaannya menghasilkan gol adalah di atas 32.5% iaitu Liverpool, Arsenal dan Brighton.

Arsenal sangat efektif dalam mencetuskan ancaman segera. Menjadi sebab kenapa mereka berada di puncak liga pada ketika ini.

Brighton sudah menjadi pasukan yang aktif dengan counterpressing sejak era Graham Potter dan kini diteruskan De Zerbi.

Manchester United berada di atas Manchester City dan Fulham dari segi purata ancaman kepada gol.

Ianya satu pencapaian yang harus dibanggakan ketika ini. Bukti bahawa proses pembentukan DNA taktikal di Old Trafford sedang berjalan lancar.

Nampaknya idea Ten Hag menjadikan United sebagai pasukan free flowing football dan counterpressing semakin berjaya.

United kini dalam prestasi terbaik mereka di bawah Ten Hag.