Komen Ancelotti Tentang Prestasi Tak Masuk Akal Courtois

Thibaut Courtois baru sahaja menunjukkan aksi terbaik dalam kariernya – mungkin? Mungkin boleh beritahu kalau ada.

Sebenarnya dalam aksi berdepan dengan Liverpool dalam perlawanan final UCL. Courtois berdepan dengan ancaman berterusan daripada Liverpool.

24 percubaan dilancarkan oleh Liverpool ke arah gawang Real Madrid. Dan 9 percubaan tepat terhasil.

Namun Courtois dengan bergayanya melakukan 9 saves dalam perlawanan ini.

Sebagai perbandingan, Real Madrid hanya melakukan 4 percubaan sahaja dengan 2 percubaan tepat.

Mungkin ada yang akan menyatakan Real Madrid menang kerana defensive masterclass. Hakikatnya tanpa Courtois, Real Madrid dengan mudah melepaskan banyak bolos dalam perlawanan ini.

Courtois membuktikan sekali lagi kualitinya di hadapan gol. Sebelum ini dia cemerlang dalam membantu Real Madrid bangkit berdepan dengan PSG, Chelsea dan juga Manchester City.

Dalam perlawana final UCL, dia sangat tenang. Tangannya sangat kuat menepis dan menghadang percubaan lawan. Tidak lupa juga, refleksnya sangat pantas.

Real Madrid pasti akan menengang kejuaraan ke-14 ini sebagai kejuaraan daripada final Courtois.

Real Madrid cemerlang menamatkan musim ini dengan kejuaraan La Liga dan UCL.

Selepast tamat perlawanan, Courtois menyatakan: “Ketika di England, saya tidak dihormati dengan sebaiknya. Jadi, saya membuktikannya pada hari ini. Saya mahu meletakkan nama saya agar dihormati.”

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menyatakan bahawa dia seolah olah tidak percaya dengan apa yang dilakukan Courtois pada hari ini.

Ancelotti berkata: “Percayalah kepada saya, saya tak percaya dengan apa yang dilakukan Thibaut Courtois pada malam ini. Sukar dipercayai.”

BACA JUGA: UCL: Aksi Cemerlang Courtois Dan Gol Vinicius Tewaskan Liverpool Dalam Aksi Final

Liverpool dan Real Madrid berentap dalam aksi final Liga Juara Juara Eropah di Paris.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp dalam misi kejuaraan UCL ke-7, manakala, Real Madrid pula dalam misi ke-14.

Liverpool melakukan dua ancaman awal ke gawang Real Madrid menerusi Mohamed Salah dan Sadio Mane. Namun kedua dua percubaan itu diselamatkan oleh Courtois.

Liverpool terus menguasai perlawanan, namun gagal mencipta peluang lebih baik di hadapan gol.

Luis Diaz banyak melakukan ancaman dengan gerakan dari kiri. Liverpool turut dominan di tengah.

Namun Real Madrid terlebih dahulu mencemaskan pasukan Liverpool apabila Karim Benzema menghantar amaran tentang ketajaman mereka.

Gol pada minit akhir separuh masa pertama itu memerlukan VAR mengambil masa yang lama untuk menilai. Dan akhirnya ianya dibatalkan kerana ofsaid.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0. Arsene Wenger menganggap Liverpool agak bernasib baik kerana gol Benzema tidak dikira.

Pada separuh masa kedua, cerita dia masih sama, Liverpool bermula dominan namun Real Madrid mengancam mereka dengan serangan balas.

Pada minit ke-59, pemain yang cemerlang musim ini, Vinicius Jr meletakkan Real Madrid di hadapan selepas dia tidak dikawal menolak hantaran Fede Valverde dengan mudah ke gawang terbuka.

Itu adalah penglibatan kesepuluh Vini Jr dalam gol UCL musim ini (gol/assist).

Mohamed Salah kemudian cuba membalas gol itu dengan melakukan lencongan cantik, ke far post. Namun Courtois sekali lagi cemerlang menafikan percubaan bahaya itu pada minit ke-64.

5 minit kemudian Courtois melakukan satu lagi save menafikan percubaan Salah di near post.

Liverpool mendapat peluang sekali lagi menerusi hantaran ke dalam kawasan bahaya oleh Trent Alexander Arnold namun pertahanan Real Madrid berjaya mengeluarkan bola.

Pada minit ke-80, Diogo Jota hampir menyamakan kedudukan tetapi Courtois melayangkan badannya untuk menepis bola.

Tidak lama selepas itu, Mohamed Salah melakukan percubaan terbaik beliau dalam perlawanan ini dari kedudukan byline. Courtois menggunakan tangannya yang kuat untuk menafikan bola tersebut.

Karim Benzema mendapat bola cantik di kawasan kegemarannya, dia menukar arah bola, mujur Trent Alexander Arnold berjaya merampasnya.

Liverpool semakin kesuntukan masa untuk membalas gol Real Madrid.

Real Madrid terus bertahan dengan disiplin yang tinggi secara berpasukan. Dan akhirnya mereka berjaya memastikan UCL milik mereka sekali lagi.

Ianya adalah penamat yang sukar buat Liverpool selepas beberapa minggu lalu terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Namun Real Madrid selayaknya menjulang UCL pada musim ini. Mereka paling layak dengan mengambil kira perjalanan mereka untuk sampai ke final.

Bangkit dalam 3 perlawanan sukar berdepan PSG, Chelsea dan juga Manchester City.

Carlo Ancelotti kini menjulang UCL ke-4 dalam kariernya dan yang kedua bersama dengan Real Madrid.

Secara keseluruhannya, Real Madrid memiliki 14 kejuaraan Eropah dalam sejarah kelab mereka.

Syabas!