Komen Dan Ramalan Mourinho Dianggap Menganjing Arteta 3 Tahun Lalu Rupanya Benar Benar Jadi Kenyataan

Komen Jose Mourinho 3 tahun lalu yang dianggap menganjing Arteta kini kembali dibincangkan. Mourinho ketika itu memuji Arteta sebagai tactician yang berpotensi tinggi.

Namun ramai peminat bola sepak termasuk peminat Arsenal sendiri pada masa itu tidak pasti sama ada Mourinho berkata benar atau tidak. Kerana pada masa itu Arsenal kelihatan agak bergelut.

Pada 6 Disember 2020, Mourinho yang mengendalikan Spurs pada masa itu menang 2-0 ke atas Arsenal dalam aksi Derbi London Utara. Ramai mengkritik Arteta pada masa itu. Dan ramai juga mendesak agar dia dipecat kerana diangga tak cukup bagus.

Arsenal ketika itu berada di kedudukan ke-15 dalam liga, ketika Mourinho tampil mempertahankan Arteta secara terbuka. Dia malah mengucapkan tahniah kepada Mikel Arteta walaupun Arsenal kalah hari itu.

Dia berkata: “Saya nak cakap, syabas kepada Mikel Arteta kerana dia memberikan kami satu perlawanan sangat sukar hari ini. Secara taktikal, dia sangat bagus. Mereka memberikan kami masalah.”

“Saya dah boleh bayangkan apa paper akan tulis esok, tajuknya mesti berkaitan dengan kedudukan Arsenal yang tidak bagus pada masa ini [berbanding perkara positif berkaitan taktikal Arteta].”

“Namun saya percaya dengan pemain pemain yang ada ini, dengan Mikel Arteta sebagai pengurs, Arsenal akan menjadi Arsenal sekali lagi.”

Pada musim itu Arsenal menamatkan kempen mereka di tangga kelapan. Hanya 1 mata di belakang Spurs. Pada tahun berikutnya Spurs mengatasi Arsenal dengan merampas tanga keempat. Di mana Spurs ada ada kelebihan 2 mata berbanding Arsenal.

Arteta berterusan meminta peminat Arsenal percaya kepada proses dan dia bekerja keras mendapatkan pemain terbaik untuk melaksanakan taktikalnya.

Musim lalu mereka berjaya menamatkan saingan di tangga kedua dalam liga. Bersaing dengan City sehingga ke minggu minggu terakhir. Musim ini mereka mengekalkan momentum itu.

Arsenal juga dalam kedudukan terbaik dalam kempen UCL pertama mereka sejak 2017.

Semalam, Arsenal menang 4-3 selepas ketinggalan 2-3 di tangan Luton. Ia membuktikan bahawa mentaliti pemain pemain Arsenal kini semakin matang.

Arteta pastinya mahu menamatkan musim ini dengan kejuaraan liga. Mereka banyak belajar daripada kesilapan musim lalu. Di mana mereka hilang tumpuan ketika menuju ke garisan penamat.

Mikel Arteta kini dianggap salah seorang tactician terbaik di Eropah. Dia malah menjadi perhatian kelab kelab besar yang lain.

Jadi apa yang dikatakan Mourinho tentang Arteta 3 tahun lalu benar benar satu penilaian jujur.

Peminat kagum dengan Mourinho kerana dia sekali lagi membuktikan penilaiannya tepat. Lihat sahaja apa yang dia katakan tentang Dele Alli dan Pogba beberapa tahun lalu. Ianya benar benar menjadi realiti.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah