Komen Gareth Bale Tentang Gareth Bale: “Bale Setaraf Messi-Ronaldo Kalau Tak Cedera”

Gareth Bale memberikan komen tentang dirinya sendiri baru baru ini. Dan pemain antarabangsa Wales itu menegaskan bahawa dia seharusnya berada sebaris dengan nama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi jika tidak diganggu masalah kecederaan.

“Jika kawe tak selalu cedera, nama kawe dan sebaris sohor sama diperdebatkan dengan Messi dan Ronaldo.”

Bale kemudian mendedahkan di pusat latihan beliau mengatasi Ronaldo dalam segenap segi. Namun sayang sekali bintang antarabangsa Portugal itu memilih untuk mengambil semua situasi bola mati kecuali sepakan penjuru.

“Di Real Madrid, ketika training kawe adalah pengambil sepakan percuma terbaik, penjaring gol terbaik.”

“Tapi malang bagi kawe kerana Ronaldo memilih untuk mengambil kesemua sepakan percuma dan bola mati kecuali sepakan sudut.”

“Tetapi kawe nak royak kat demo, kawe memiliki ratio gol sepakan percuma lebih bagus daripada Ronaldo di pusat latihan.”

Seterusnya Bale agak kecewa namanya dilupakan berbanding dengan Ronaldo.

Misalnya, dia mengklaim dirinya menjadi penyelamat Real Madrid ketika final berdepan Atletico.

Lebih sedih apabila gol lipat Bale tidak diiktiraf gol terbaik. Sebaliknya ramai menjulang gol lipat Ronaldo berdepan Juventus sebagai gol tercantik.

“Dalam aksi final Liga Juara Juara Eropah, saya bermain sangat bagus, lebih tepatnya menentang Atletico Madrid. Di mana masa tu sek kito hanya 2 minit sahaja dipisahkan daripada kekalahan.”

“Tapi saya rasa saya menyelamatkan mereka [Real Madrid]. Kami akhirnya menang 4-1, tetapi malangnya nama kawe dilupakan dan tak dikenang.”

“Menentang Liverpool di final, saya menjaringkan gol luar biasa,tapi tak seorang pun memperakui gol itu sebagai gol terbaik di UCL. Kerana nama saya Gareth Bale.”

Bale gagal menjadi utama di Real Madrid di bawah Zidane. Namun dia tertap memiliki rekod statistik yang luar biasa dan menjuarai banyak trofi bersama mereka.

Bale memiliki rekod kecederaan yang sangat banyak di dalam kariernya. Beliau pernah membentuk gandingan BBC (dengan Ronaldo dan Benzema) yang menandingi gandingan MSN (Messi Suarez Neymar).

Bale akhirnya dipinjamkan ke Spurs, kelab yang menjulang namanya satu ketika dahulu. Namun malangnya di Spurs beliau masih bergelut dengan kecergasan.

Baca yang lain