Komen Klopp Tentang Henderson Dan Fabinho Nak Ke Liga Arab Saudi

Jurgen Klopp ditanya dengan soalan apakah pandangan dia tentang 2 pemainnya yang dilaporkan berminat untuk menerima tawaran dari Arab Saudi.

Jordan Henderson dan Fabinho menjadi nadi penting skuad Liverpool era Klopp dalam meraih kesemua trofi di peringkat kelab.

Dan kedua duanya kini berminat untuk bermain di Arab Saudi kerana tawaran yang sangat lumayan.

Henderson dilaporkan sudah hampir pasti ke Al Ettifaq selepas Liverpool setuju menerima yuran perpindahan £10 juta untuk kapten itu.

Seterusnya Fabinho menjadi sasaran  Al Ittihad pada jendela perpindahan kali ini.

Henderson yang sudah berusia 33 tahun dilaporkan menerima gaji £700 ribu seminggu di Arab Saudi.

Sementara Fabinho juga bakal menerima gaji yang jauh lebih besar dari yang dia terima di Liverpool.

Jurgen Klopp ditanya tentang peranannya dalam perkara tersebut. Dan menurut Klopp dia sangat menghormati pemain. Jika mereka hendak pergi ke kelab lain dia akan cuba mencari solusi dan berbincang.

Klopp tidak pernah mempersoalkan ke liga mana pemain mahu pergi. Kerana pemain berhak untuk mencari kegembiraan yang mereka mahukan.

Klopp berkata: “Pada akhir sekali, kesemua keputusan berkaitan perpindahan ini, kata putus adalah pada saya.”

“Dan sebab saya sangat menghormati semua pemain, biasanya keputusan untuk melepaskan mereka adalah atas dasar persetujuan bersama.”

“Inilah yang berlaku, dan segalanya baik baik sahaja.”

Liverpool nampaknya perlu mencari pemain tengah yang baharu untuk mengisi pemergian pemain seperti Henderson atau Fabinho.

Sebelum ini Roberto Firmino sudah sah menyertai Al Ahli sebagai ejen bebas.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari