Komen Profesional Syazwani Ini Pasti Buat Peminat Barcelona Sukakannya

Peminat Barcelona pasti suka mendengar komen daripada, Wojciech Szczęsny [terpaksa copy paste] atau Syazwani telah menunjukkan dia seorang yang benar benar profesional.

Sejak tiba di Barcelona, pemain itu masih belum membuat sebarang penampilan untuk kelab itu. Wojciech Szczęsny menyertai Barca secara ejen bebas. Menggantikan Ter Stegen yang cedera.

Dia sebelum ini menegaskan bahawa, dia sentiasa bersedia untuk cabaran seperti ini dalam hidupnya. Oleh sebab itu dia tak takut menyahut panggilan dari Barcelona yang memerlukan khidmatnya. Lalu dia pun keluar dari persaraannya.

Kini wartawan di Sepanyol mulai memainkan sentimen tentang kenapa Szczesny tidak diturunkan dalam kesebelasan utama?

Wartawan bertanya sama ada penjaga gol itu kecewa kerana terus tidak bermain untuk Barca. Di mana Hansi Flick berterusan memberikan kepercayaan kepada penjaga gol berusia 25 tahun mereka, Inaki Pena.

Ianya dianggap bakal membuatkan Wani bakal terlepas aksi El Clasico selepas ini.

Menurut Wojciech Szczęsny dia tidak pernah peduli tentang siapa yang beraksi kerana itu adalah keputusan pengurus.

Paling penting pasukan berjaya mendapatkan kemenangan dan berada di dalam prestasi terbaik. Terbaru Barcelona membelasah Bayern Munich 4-1 dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Syazwani berkata: “Says sendiri dan beritahu coach, kalau saya adalah pengurus, saya pun akan buat benda yang sama, tak akan turunkan saya dalam kesebelasan utama, memandangkan pasukan sedang berada dalam keadaan sangat baik.

“Membuat perubahan yang tidak perlu akan merosakkannya. Saya letakkan ego saya dalam poket.”