Komen Richarlison Mengutuk Conte Secara Langsung Ini Dianggap Bahaya

Richarlison mungkin meletakkan kariernya di bawah Conte dalam bahaya. Ini selepas pemain itu dengan terbuka mempersoalkan pemilihan kesebelasan utama pengurusnya.

Dia juga menganggap bahawa musim ini ibarat tahi baginya.

Tottenham tersingkir daripada pertandingan elit Eropah, liga juara-juara Eropah di tangan AC Milan. Apabila perlawanan kedua di gelanggang sendiri mereka berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

AC Milan Mara ke suku akhir pertama kali selepas 11 tahun hasil daripada kemenangan yang dicapai dalam perlawanan pertama.

Rekod menarik buat uncle Zlatan yang merupakan satu satunya pemain bermain dalam pasukan itu dahulu. Kini dia kembali bersama AC Milan.

Walaupun prestasi AC Milan di liga domestik tidak seperti diharapkan, sebagai pasukan juara bertahan, namun pasukan itu ibarat mengembalikan semula roh dan DNA mereka dalam UCL.

Pemain antarabangsa Brazil, Richarlison masuk sebagai pemain gantian namun masih gagal memberikan inspirasi kebangkitan buat pasukannya Tottenham Hotspur.

Ianya musim yang sukar di Spurs buat Richarlison. Kerana dia cuma menjadi pemain sandaran untuk Harry Kane musim ini.

Richarlison kurang minit perlawanan. Dan membuatkan pemain itu tidak dapat menahan dirinya daripada mengkritik Antonio Conte.

Menurutnya: “Saya jujur sahaja, musim ini adalah najis. Saya nak bermain [lebih kerap].”

“Saya tidak faham dengan [pilihan Conte]. Saya dalam detik yang sangat positif. Dan Conte sekali lagi meletakkan saya di Bangi simpanan.”

“Semalam dia menuju saya di latihan untuk menjadi kesebelasan utama. Dan kemudian… bangku simpanan.. sekali lagi.”

Komen itu membuatkan penyokong Spurs berbagi pandangan tentangnya. Ada yang menganggap komen itu bahaya kerana ianya akan mewujudkan konflik dengan pengurus.

Ia juga boleh menjadi punca kepada penentangan ke atas pengurus di bilik persalinan.

Kesan lain, Conte mungkin akan menyisihkan Richarlison dan kemudian cuba menjualnya selepas ini.

Ada juga yang mengingatkan Richarlison bahawa dia tidak mencapai standard yang diharapkan sejak menyarung jersi Spurs.

Namun ada juga yang menyokongnya. Menyatakan bahawa pemain itu menyatakan kebenaran. Mereka menganggap Conte agak pilih kasih kepada Son Heung Min yang tidak beraksi baik musim ini.

Joseph Mirace turut meminta kelab memecat Conte kerana pengurus itu kelihatan sudah tidak menunjukkan komitmen yang tinggi untuk kelab itu dan dijangka akan meninggalkan Spurs akhir musim ini.

Seterusnya seorang lagi peminat menegaskan bahawa Richarlison sangat tidak profesional bercerita masalah dengan pengurusnya di hadapan wartawan.

Beberapa minggu lalu, Richarlison dilaporkan mahu berpindah daripada Spurs kerana mahukan lebih minit permainan.

Beberapa pasukan sudah memantau perkembangan pemain itu termasuk di EPL dan di liga lain di Eropah.

Richarlison tampil sebagai salah seorang pemain yang agak menonjol dalam Piala Dunia 2022 bersama Brazil sebelum ini. Dia pastinya menganggap detik itu akan dapat mengubah kedudukannya di Spurs.

Tetapi jelas pemain itu tetap gagal meyakinkan Conte.

Spurs masih berjuang untuk berada dalam 4 teratas dalam EPL. Kempen liga mereka kelihatan tak lebih daripada itu.

Dan bermakna, Spurs melanjutkan 1 musim lagi tanpa piala.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil