Neymar membuat kenyataan panas tentang kelab lamanya dalam wawancara khas di Brazil dengan Globo. Sedangkan PSG menganggap dia sebagai legenda kelab mereka.
Menurut Neymar, sepanjang dia dan Messi berada di PSG, mereka ibarat hidup di neraka. Neymar berkata:
“Ianya tahun yang menggembirakan untuknya, dan menyedihkan pada masa yang sama. Kerana dia harus hidup pada kedua dua sisi duit syiling.”
Neymar had strong feelings about his and Messi's time in Paris. pic.twitter.com/B1yGkghR3Q
— ESPN FC (@ESPNFC) September 3, 2023
“Dia hidup di syurga ketika bersama skuad Argentina dengan memenangi segalanya tahun sebelum ini. Dan dia ibarat hidup di neraka ketika di Paris. Kami berdua [Neymar dan Messi] hidup di neraka ketika di sana, ya saya dengan dia.”
“Kami berdua sedih kerana kami berada di sana bukannya tanpa arah tujuan, tetapi kami memberikan yang terbaik untuk menjadi juara, cuba mencipta sejarah dan itulah sebabnya kami berdua kembali bermain bersama.”
“Saya dan Messi datang ke PSG agar dapat membina sejarah bersama mereka.”
“Messi meninggalkan PSG dengan cara itu, demi bola sepak, dia tidak sepatutnya dilayan teruk seperti itu. Di atas siapa dirinya, apa yang dia telah lakukan, semua orang yang kenal dia, tahun dia seorang pemain yang sentiasa berkerja keras berlatih, berjuang. Jika kalah dia akan marah. Dan ketika di PSG, dia dilayan dengan teruk, pada pandangan saya.”
“Namun pada masa yang sama saya benar benar gembira dia memenangi Piala Dunia bersama Argentina. Macam yang kamu cakap tadi, bola sepak berlaku adil untuknya, memandangkan Brazil tersingkir awal, Messi berhak menamatkan kariernya seperti ini.”
Robert Pires jelas tidak gembira dengan komen Neymar yang dianggap seperti seorang yang sudah koyak.
Sebagai pemain bola sepak, tekanan itu perkara yang biasa di dalam karier mereka. Sebab itu pemain profesional turut dilatih dari segi mental, bukan sekadar fizikal atau taktikal semata mata.
Pires berkata: “Mengenai komen emosional Neymar itu, saya gelar orang macam tu kuat merengek macam budak kecil.”
“Apabila kamu menjadi pemain profesional bermakna kamu sudah sedia berdepan dengan tekanan. Kadangkala kamu bermain bagus, kamu gembira menerima pujian. Pada ketika kamu bermain teruk, kamu dihentam. Ini semua sebahagian daripada dunia bola sepak.”
“Kita semua [pemain bola sepak profesional] pernah dikecam, dikritik. Ketika saya menyertai Arsenal, saya harus menggantikan Marc Overmars dan mereka melabel saya tidak ada harapan.”
“Saya tak banyak bunyi, terus berdiam tetapi pada masa yang saya terus bekerja, akhirnya saya mendapat ganjaran daripadanya.
🗣️ Robert Pirès on Neymar's recent claims that he and Lionel Messi "lived through hell in Paris": “I call it crybabies.” https://t.co/Cj3TTHYloc pic.twitter.com/oOoWMbnMyx
— Football Talk (@FootballTalkHQ) September 4, 2023
Robert Pires turut mengingatkan Neymar bahawa mereka pemain profesional dibayar gaji yang tinggi. Terutama sekali pemain seperti Neymar ketika di PSG.
Kini pemain itu menyertai Liga Arab Saudi dan menerima habuan sangat lumayan. Gaji dia setahun mencecah €160 juta. Dia turut diberikan ganjaran lain seperti rumah mewah 25 kamar tidur. Jet peribadi mewah seterusnya ditanggung sepenuhnya ketika dia bercuti.