Kompany Dedahkan Manchester United Pernah Berminat Dengannya

Bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany, baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau secara peribadi telah dipantau oleh pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson, sebelum akhirnya berpindah ke Manchester yang berwarna biru langit.

Kompany adalah graduan cemerlang akademi Anderlecht pada permulaan abad ke-21, muncul sebagai pilihan utama di barisan pertahanan ketika beliau masih berusia 17 tahun.

Kompany kemudian mendedahkan bahawa dia sebelum ini penah dipantau oleh Sir Alex Ferguson sendiri sebelum ini menyertai Man City yang ketika itu baru memterai pemilikan baharu oleh Sheikh Mansour.

Vincent Kompany menikmati karier yang penuh trofi di Manchester City. Dan kini dia mengendalikan Bayern Munich.

Dia mengimbas detik itu ketika Bayern berkunjung ke Celtic Park. Di mana ketika dia bermain untuk Anderlecth, pasukannya pernah beraksi di lapangan yang sama pada pentas yang sama iaitu Liga Juara Juara Eropah.

Ketika itulah Sir Alex Ferguson hadir untuk menyaksikannya beraksi. Sebagai salah satu langkah seterusnya dalam proses pemantauan bakat. Sir Alex Ferguson dan Man United benar benar berminat dengan Kompany.

Tetapi pada masa itu sistem scouting Sir Alex Ferguson sangat ketat.

“Ia bukanlah kepulangan yang nostalgia,” kata Kompany kepada media yang berkumpul minggu ini. “Saya kembali sebagai jurulatih, bukan pemain. Saya tidak mahu terlalu banyak nostalgia, tetapi ia sangat hebat. Saya ingat Sir Alex Ferguson berada di sana untuk menonton saya. Jika saya bermain dengan baik, mungkin dia akan membuat tawaran untuk saya.”

Kompany yang berusia 17 tahun pada masa itu dan rakan sepasukannya tidak mampu menandingi pasukan Celtic yang bersemangat pada malam itu pada tahun 2003.

Segar dari mencapai final Piala UEFA, ledakan gol daripada Henrik Larsson, Liam Miller dan Chris Sutton membawa The Hoops mendahului 3-0 dalam setengah jam pertama.

Kompany terus berkembang di kelab zaman kanak-kanaknya dan akhirnya meninggalkan Anderlecht untuk Hamburg pada tahun 2006, kemudian menyertai City selepas dua musim yang sederhana di Jerman.

City menduduki tempat kesepuluh dalam Liga Perdana pada akhir musim debut Kompany, tetapi beliau menamatkan kerjayanya di Etihad dengan empat gelaran liga dan sepasang mahkota Piala FA. “Saya gembira saya akhirnya berada di bahagian biru Manchester,” kata bos Bayern itu sambil tersenyum.