Vincent Kompany telah menyenaraikan 2 orang pemain Arsenal dalam senarai sasarannya.
Pertamanya dia mahukan bekas rakan sepasukannya iaitu Oleksandr Zinchenko. Pemain yang dianggap boleh membantunya dalam menyampaikan kehendak taktikalnya sama ada di padang latihan atau di padang sebenar.
Proses yang sama pernah digunakan oleh Mikel Arteta ketika mahu membina DNA ala Guardiola di Arsenal sebelum ini.
Ini ditambah dengan situasi Alphonso Davies yang masih belum melanjutkan kontraknya.
Zinchenko sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Arsenal musim ini. Dan dia antara pemain yang sedia untuk dilepaskan Arsenal.
Seorang lagi pemain Arsenal yang dimahukan Kompany ialah Sambi okonga.
Lokonga bermain di Luton Town secara pinjaman musim lalu. Arsenal menyatakan bahawa mereka hanya akan menjual pemain itu secara tetap jika ada kelab mahukannya.
Hal ini kerana Arsenal tak mahu membenarkan pemain itu berpindah dengan kontrak pinjaman sekali lagi.
Dua pemain tersebut sudah lama dipantau oleh Kompany secara rapat ketika di Burnley lagi.
Kompany juga memantau situasi kontrak Zinchenko di Arsenal dan dia sedia membawa pemain ke Allianz Arena.
Kedua dua pemain tersebut dianggap sangat sesuai dengan gaya taktikal yang mahu diperagakan oleh Kompany selepas ini di Bayern.
Kompany menjangkakan bahawa dua pemain itu boleh dibeli dengan nilai €50 juta.
BILD turut yakin bahawa Sambi Lokonga akan menjadi pembelian pertama Kompany di kelab gergasi Jerman itu.
Kompany akui sangat teruja memulakan tugasan di Bayern Munich. Dan dia menyatakan bahawa motivasinya berada di tahap tertinggi.