Peminat bola sepak telah memuat naik kompilasi aksi kotor Ali Al Bulayhi ketika berdepan dengan lawannya.
Al Bulayhi merupakan pemain bek tengah Al Hilal yang berusia 34 tahun. Dia menjadi antara nama yang popular di Arab Saudi kerana gaya permainannya yang keras dan psiko.
Dia bermula dengan kelab kecil Al-Amal dan Al-Nahda. Pada 2015, barulah dia menyertai kelab di liga utama iaitu Al Fateh sebelum ditandatangani Al Hilal pada 2017.
Dia antara pemain Arab Saudi yang berjaya memenangi 4 kejuaraan liga dan 2 Liga Juara Juara AFC.
Al Bulayhi adalah pemain yang membuatkan Cristiano Ronaldo dibuang padang kerana bengang dengan tindakan pemain itu yang menganggu usahanya untuk melakukan lontaran ke dalam dengan segera.
Ronaldo menyiku pemain itu dan dilayangkan kad merah.
Al Bulayhi dikenali sebagai pemain yang suka bermain perang saraf serta dark art dengan lawannya untuk menganggu emosi mereka.
Son Heung Min, Lionel Messi, Robert Lewandowski dan juga Hakim Ziyech antara yang pernah menjadi mangsa permainannya.
Antara detik yang panas melibatkan pemain itu adalah ketika dia menarik baju Hakim Ziyech, menarik rambut Son Heung Min.
Dia juga pernah menganjing Lionel Messi secara dekat. Di mana ketika itu dia menganjing Messi dengan berkata: “Kamu tak akan menang.”
Arab Saudi menang 2-0 dalam aksi tersebut. Namun Argentina bergelar juara dunia pada akhirnya.
Pemain pemain tersebut tidak selesa dengan cara permainannya yang licik dan provokatif.
Akhirnya ketika berdepan Abang Do, CR7 telah termakan permainan saraf Bulayhi. Namun sempat juga Ronaldo meyikunya.
— Out Of Context Football (@nocontextfooty) April 11, 2024
Ronaldo dibuang padang ketika aksi tersebut, di mana Al Nassr kalah di tangan Al Hilal 2-1.