Konflik ESL Dan Dilema Mat Deris

Kali ni aku ulas santai sikit la. Nak cakap kat YouTube tak reti. So aku ulas macam ni je la.

Ok sebenarnya macam ni. Korang pernah tengok zombi kampung pisang tak?

Dalam watak tu ada Deris lakonan Que Haidar.

Di mana dia mempertikaikan pembahagian subsidi baja dan lembu oleh ketua kampung.

Ketua kampung di sini ialah UEFA.

Deris pula kelab kelab dalam UCL.

Namun orang tak melayan luahan hati Deris yang dianggap tak relevan. Nak bising apa lagi, dah dapat bahagian masing masing kan?

Tapi Deris mengesyaki ada kecurangan dan magic hand oleh JKKK dalam pembahagian baja tu.

Bantuan tu diberikan YB. Dalam kes ni, YB mewakili sponsor, broadcaster dan penyuntik dana kepada subsidi itu.

Orang orang kampung yang lain pula percaya dengan ketua kampung mereka telus.

Tapi dalam situasi ini, sesuatu harus dilakukan dengan transparen. Kalau ketua kampung tak makan duit, maka bentangkan audit bantuan itu agar Deris puas hati.

Namun Deris tidak diberikan akses itu. Puas dia mencari platform meluah, termasuk dekat abang rela, inspektor polis dan ketika orang sedang panik berhimpun sebab wabak.

Macam kita sekarang la ada covid ni. UEFA terus diminta untuk lebih telus.

Apa yang berlaku pada di UEFA. Ada orang dalam dari organisasi ‘JKKK’ mereka mendapati memang ada benda tak betul. Mereka mulai merasakan isu dibangkitkan Deris tu patut diletuskan dengan serta merta.

Ketua kampung dan mereka di sekeliling terlalu tak ambil pusing masalah yang dilontarkan Mat Deris yang tak penting bagi mereka tetapi sangat mustahak bagi Mat Deris selaku warga kampung yang merasakan hak dia sudah dinafikan.

Pakatan menentang UEFA dari dalam UEFA

Lalu ada pakatan di belakang presiden UEFA / ketua kampung yang menjadi pembelot. UEFA ini korup kata mereka.

Sebab tu Ceferin berkata dia kecewa dengan Agnelli dan Woodward yang sudah berjanji menyokongnya. Tapi rupanya berpaling tadah. Agnelli ni orang ECA ye.

Paling kelakar boleh pulak dia percayakan Ed Woodward. Mana ada manusia di dunia ni percayakan mamat tu.

Mereka ini sudah pasti tahu bahawa wang yang dapat kepada UEFA itu adalah sangat banyak.

Bayangkan juara UCL cuma dapat 120 Juta Euro. Lebih kecil dari EPL. Sedangkan untuk bermain di UCL, banyak benda kena buat. Travel, beli pemain, bil gaji naik dan sebagainya.

Malah dalam kes Leicester dulu, UEFA siap suruh mereka jangan buat corak padang diamond sebab kena ikut SOP UCL.

Perez ni, dia dah menang banyak UCL. Dan dia merasakan benda ni macam tak berbaloi. Ada tak potensi untuk dapat duit lebih banyak.

Lalu dia meminta laporan daripada UEFA, berapa sebenarnya wang yang UEFA dapat secara penuh? UEFA tidak memberikan angka yang memuaskan.

Kerana UEFA ada dasar tertutup dia tersendiri.

Lalu papa Perez membuat pakatan dengan kelab kelab kaya Eropah. Apa kata mereka sendiri handle liga Super Eropah. Di mana mereka keluarkan dana dan mencari penaja.

Hadiah kemenangan itu akan dibahagi lebih telus. Semua orang yang terlibat menerima laporan kewangan sebenar.

Misalnya tahun tu, setiap pasukan dapat 200 juta semusim, nett kalau menang boleh pergi ke 300 juta.

Perez melihat potensi ini ada dekat UCL. Cuma tak pasti, sama ada UEFA tak berusaha mendapatkannya ataupun UEFA menyembunyikan beberapa figure akaun.

Misalnya, UEFA dapat 300 juta untuk setiap team bagi peringkat kumpulan, dan dia cakap cuma dapat 200 juta lalu dibagi kat 10 pasukan 20 juta seorang.

Macamana dengan 100 juta lagi? Kenapa UEFA perlu simpan? Mereka main bola ke team yang main bola? Ada wasangka daripada pihak Perez kerana UEFA tidak dapat membentangkan jumlah sebenar.

Ada juga kemungkinan UEFA memang jujur suci murni seperti minyak masak seri murni. Tetapi kenapa mereka tak boleh meyakinkan rakan rakan kongsi mereka yang lain.

Macam kau main futsal. Dan penganjur cakap hadiah kemenangan berdasarkan jumlah tajaan.

Kau ada kenal 10 team yang boleh kendalikan sendiri liga. Di mana setiap team ada CEO, ada presiden yang berkebolehan. Apakata buat sendiri liga daripada bermain dalam liga anjuran orang lain. Kerana penganjur tak jujur dalam prize pool. Lalu korang cari sendiri penaja dan cuba mendapatkan tajaan dan bermain sesama korang.

Ini yang cuba dibantah UEFA. Kerana bola sepak Eropah itu harus di bawah mereka. Malangnya, sekarang ini di Eropah sangat terbuka. Setiap orang boleh buat liga mereka sendiri. Sebab dua kes dibawa ke mahkamah EU sebelum ini, kedua dua kes, team dan atlet yang nak main dengan kejohanan anjuran organisasi lain / private, mereka dapat hak.

Persatuan gusti di Jerman tak boleh larang penggusti dia pergi bertanding dekat acara lain anjuran bukan dari persatuan mereka.

Macam kau main badminton di Malaysia. BAM tak ada hak melarang kau bermain dekat liga lain termasuk liga kau buat sendiri dengan kawan kawan. Contoh tu.

Tapi yang tak best Superleague ini, ianya terlalu bermotifkan wang. Dan kurang meritokrasi. Amboi ayat aku sejak jadi peminat Blackpink ni.

Merit di sini macam UCL. Layak menerusi slot terbuka. Semua boleh main termasuk West Ham kata Klopp. Kalau mereka top 4.

Tapi ESL, West Ham mungkin tak dijemput kerana mereka tak glamor di mata penaja. Walaupun Lingard membantu mereka juara EPL sekalipun.

Jadi, ianya seolah olah membunuh impian pasukan pasukan kecil nak bersaing di peringkat tertinggi.

Bola sepak dibina oleh kelas pekerja dan sekarang ini telah dirampas oleh golongan kapitalis kaya raya yang menjadikannya benar benar bersifat nak duit dan banyak sekali politik di dalamnya.

Liga domestik macam EPL , Serie A, La Liga itu dibentuk bersama dengan pasukan pasukan kecil ini. Di mana semangat brotherhood sekarang? Sebab pasukan kecil ini juga penting dalam membentuk pasukan kuat.

Mereka banyak juga melahirkan produk dan menjaga produk yang di loan dari pasukan besar – sebab pemain tak dapat tempat.

Seterusnya, ia akan mewujudkan jurang terlalu besar antara pasukan ESL dengan pasukan kecil lain.

Boleh dikatakan ia bakal membunuh struktur liga kebangsaan berdasarkan tahap persaingan. Mungkin akan ada unsur unsur buli yang teruk dalam pembelian dan penjualan pemain. Sekarang pun dah banyak buli membuli ni.

Seterusnya, peminat juga bersedia dengan impak. Apabila kejohanan lebih mewah pasti lebih mewah la bayarannya. Tiket, langganan pakej astro sukan akan meningkat dengan mendadak.

Ada yang menganggap Super League ni macam Champions Cup versi Premium.

Di mana Champions Cup pada pra musim sudah mulai mengumpul team team popular dan besar untuk menarik tontonan. Tapi ianya tidak dikira piala sebab pre season.

Itulah penjelasan secara santai ramadan tentang Superleague ini. Selamat berbuka kepada anda semua (apabila sudah tiba waktu berbuka ye).

Jadi itulah serba sedikit tentang Superleague pada hari ini. Korang rasa macamana? Setuju tak setuju?